3 4 hari ni terasa sgt nak makan kek ni. tapi malas nak keluar g beli. nak buat sendiri xde pulak peralatannya. maklum la duk hostel. sedih je. nak update blog. nak blogwalking pon xde mood. huhu. apa yang boleh google je la gambar dengan recipe. korang try la buat. kalau sedap gtau aku tau. hehe
Bahan A
250 gm Chocolate sponge Mix
250 gm Telur
62 gm Air
Bahan B
62 gm Minyak Jagung
Pukul A dengan kelajuan tinggi selama 6 minit sampai naik lembut,masukkan bahan B dan gaul sebati. Tuang dalam acuan bulat 9". Bakar dengan 180 C selama 40 - 45 minit.
Bahan inti:
Bahan A
1 tin Dark Pitted Cerry
300 gm Krim putar Non Dairy
Bahan B
Chocolate Cream
50 gm Coklat masakan
40 gm susu segar
(Masak dengan menggunakan double boiler)
Cara-cara
- Biar Sponge kek sejuk dan potong kepada 3 lapis.
- sapu coklat cair di lapisan pertama diikuti krim putar diatas kek dan susun dark pitted cerry,kemudian tutup dengan krim putar sekali lagi.
- Tutup dengan satu lapisan kek dan ulangi langkah 2.
- Selepas tutup dengan lapisan ketiga,sapu krim putar di seluruh kek.
- Hias coklat rice atau coklat masakan nipis ditepi kek dan pipe krim putar rossete bulat di atas kek. Letak coklat masakan yang di potong nipis di tengah kek. Akhir sekali susun buah ceri di atas krim putar rosset.
ok. sumber dari sini. jombuatkek.blogspot.com. korang cuba tau. lepas tu bgtau aku sedap ke x. bila la nak dapat ni. :( k la. nak pergi discussion. bye~
.mugmerah
sedapnye MM...bila dpt buat ni xtaw. oven xde. sobsob
ReplyDeletetgh2 mlm nampak kek plak, hukk...
ReplyDelete