#1 lupakan yang pahit
cakap memang senang. tapi berapa lama masa yang akan diambil? berapa banyak air mata yang akan mengalir? berapa banyak rintihan yang akan dilontarkan? memang hakikat untuk melupakan begitu saja sangat susah. tapi selagi kita terkenangkan kenangan tu selagi itulah kita xmampu nak mulakan langkah baru. tarik nafas dalam-dalam. alih perhatian kepada benda lain. belajar perlahan-lahan untuk melupakan. InsyaAllah kita boleh!
#2 belajar untuk bersyukur
bagaimana nak bersyukur ketika kecewa? kalau kes korang kecewa sebab putus cinta, belajarlah, bersyukurlah. dan ingatlah. bila anda putus cinta sekurang-kurangnya korang bebas bergerak. korang bebas berkawan. korang bebas dari menjaga hati sendiri. menjaga hati dia. jangan sesekali salahkan takdir. mungkin akan hadir jodoh yang jauh lebih baik dari dia. kuasa Tuhan siapa yang tahu. ingat pepatah :
"kadang-kadang tuhan sembunyikan matahari, Dia datangkan petir, hujan, ribut. tapi selepas itu dia gantikan matahari serta pelangi"
dalam Al-Quran ada tercatat:
“Diwajibkan atas kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu. Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui”
(Al Baqarah: 216)#3 memaafkan
maaf, susahnya nak maafkan seseorang tu. aku sendiri kadang-kadang sangat susah nak maafkan kesalahan orang. masa yang diambil bukan sedikit. peritnya sampai berdendam. tapi korang kena percaya. jika kita rasa sedih, sebenarnya sebab kita xmampu nak maafkan kesalahan diri kita sendiri apatah lagi kesalahan orang lain. bila kita dah belajar melupakan kita akan lebih tabah. kita akan lebih relax, tenang. x ada apa yang nak di kesahkan lagi. tapi ingat pesan aku, jika sakit dengan si A, jangan bercerita dengan si B. aku sangat xsuka mulut yang bergerak menjaja keburukan orang.
ketawa mampu menyembunyikan duka. xsusah nak ketawa. bergurau dengan rakan-rakan. baca komik, jangan terlalu menyendiri. kalau tiba-tiba sedih tu datang jangan terus menangis. cuba senyum. tarik nafas panjang-panjang. lets it so.katakan pd diri:
"sesungguhnya Kasih Allah itu lebih BESAR dr kekecewaan ku dan.
perancangan Alah itu lebih HEBAT dari angan-angan ku".
kemudian doalah, "Ya Allah. gantikanlah padaku yg lebih baik dari apa yg telah daku kehilangan."
mugmerah. carilah cahaya mungkin sekejap ia hilang. tapi jangan lupa untuk terus mencari. gagal sekali berjaya berkali-kali. insyaAllah.
bersyukur sbb penah dikecewakan. mungkin ad yg lebih baik dari sebelumnya :)
ReplyDeleteNice entry :) Setiap yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya :D
ReplyDeleteWah , Menarik entry nie . Cha tengah kecewa sebelum nie . Now sudah reda . Alhamdullilah Hubungan kembali pulih :)
ReplyDeletesalah satu cara lain , ambil wuduk dan solat sunat untuk tenangkan jiwa , kemudian baca yasin ..
ReplyDeletehuhu selagi tak kena kat diri sendiri mmg senang utk mberi nasihat, bg tips dan sebagainya..tp sekuran-kurangnya bila dah tkena tau lah jugak nak buat apa kan.. :)
ReplyDelete