.:abg nuffnang duk sini:.

Saturday, February 5, 2011

kenapa ko suka aku?

kenapa kita sukakan seseorang dan kenapa orang sukakan kita? persoalan ni berada dalam kepala aku dah dekat seminggu lebih. tapi baru sekarang aku boleh luahkan.. aku terfikir.. apakah kita memerlukan sebab yang konkrit untuk kita menyukai seseorang..




sebagai contoh, ramai orang suka kan seseorang sebab dia cantik.. sebab dia berharta.. sebab dia bijak.. tetapi kenapa tidak menyukai seseorang kerana dirinya.. walau siapa pon dia.. bagaimanapon rupa dia.. berapa banyak pon harta dia..? kalau benarlah begitu, maka hanya orang cantik, kaya dan bijak saja la yang ada orang suka..? mungkinkah begitu??


tiba-tiba aku teringat sesuatu yang pensyarah psikologi aku katakan dalam kuliah.. kalau semua oraang ada pendapat yang sama, minat yang sama dan keinginan yang sama.. xkan la ada orang yang kurang cantik pada mata kita bercinta, berpasangan dan bahagia.. ada benarnya.. jadi mungkinkah suka itu bergantung juga kepada selera individu? entahla.. bukan aku yang boleh jawab persoalan itu.. tp ada benarnya..

apa pendapat korang pula? kenapa anda semua suka kan sesuatu.. atau seseorang? mungkin jawapan anda dapat membantu saya.. :D

semoga anda semua bahagia dengan apa yang anda suka.. dan boleh menerima seseorang yang menyukai anda.. dengan ikhlas.. bukan kerana dia cantik, kacak bergaya, kaya atau bijak.. mungkin kerana peribadi dan sikapnya..

p/s : mugmerah suka orang yang caring.. sebab terasa diri ini disayangi..

12 comments:

  1. saya suka org perempuan sbb dia cantik..
    sya suka kwn2 baik sy sbb mereka t8 care about me..
    hehe~

    ReplyDelete
  2. xcyber : sbb cantik? tp cantik tu subjektif.. berbeza bg setiap individu..

    ReplyDelete
  3. yna : saya pon suka anda.. sebab anda baik dan caring..

    ReplyDelete
  4. kalo dpt yg cantik tu ibarat bonusla..xcntik tp caring n loyal bahagia je=)

    ReplyDelete
  5. miss nizz: means, pd cik nina cantik tu xde la pnting sgt kan? yg penting setia dan caring.. i like.. thanx.. :D

    ReplyDelete
  6. cantik tu subjektif..better cantik budi bahase kan2..=)

    ReplyDelete
  7. caer : jadi cantik pada caer adalah cantik pada budi dan bahasa.. bukan pada rupa dan paras.. :D mugmerah setuju..

    ReplyDelete
  8. bagiku lebih baik suka tak bersebab..sebab bila kita suka orang itu bersebab.. bila sebab tu dah takde.. kita dah tak suka dia

    ReplyDelete
  9. saya suka seseorang kerana diri mereka sendiri.
    saya suka orang yg menjadi diri sendiri.

    ReplyDelete
  10. mira_nas : btul tu.. mugmerah stuju.. suka sbb cantik xmustahil akan berubah bila dah xcantik.. :)

    ReplyDelete
  11. misApple : jadi.. xbole hipokrit.. percaya yg kita adalah terbaik.. dan jgn menyesal sbb jadi diri kita.. :D

    ReplyDelete

jom kongsi pendapat dengan mugmerah.

.:iklan nuffnang:.