.:abg nuffnang duk sini:.

Friday, July 18, 2014

pesawat MH17 ditembak, 295 terkorban

Assalamualaikum dan takziah rakyat malaysia,

awal pagi tadi, lebih kurang pukul 1 pagi aku diberitahu tentang 1 lagi pesawat Malaysia Airlines terhempas, dan oleh kerana terkejut aku terus menggoogle, aku terfikir, apa nasib semua penumpang, berapa ramai penumpang dan siapa penumpang.

Seramai 295 orang dikhabarkan terkorban dalam nahas tersebut, Daripada sumber berita yang aku jumpa, pesawat malang Boeing 777-200 ini terhempas di sempadan Ukraine, berdekatan dengan Russia di kawasan yang bergolak dengan perang.

Pesawat MH17 dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur dan dijangka tiba di KLIA jam 6:00 pagi ini. Pesawat ini membawa seramai 295 penumpang termasuk 15 kru.

berikut merupakan sumber berita yang aku dapat dari dailymail.co.uk



p/s : Takziah kepada ahli keluarga mangsa, 

0 komen:

Post a Comment

jom kongsi pendapat dengan mugmerah.

.:iklan nuffnang:.