.:abg nuffnang duk sini:.

Wednesday, December 18, 2013

harga masuk toilet naik harga.

Assalamualaikum readers,

tadi aku buka2 facebook. dah malas nak sambung buat assignment kan. tup2 jumpa la gambar ni.


walaupun sekarang satu malaya mengamuk pasal semua benda naik. start dari minyak masak, gula, minyak petrol, tarif letrik dan yang latest tol. tadi jumpa harga toilet pon bakal naik.

kih. kih. kih. lepas ni sapa mau vera ka kincin ka, pokok blakan pigi kincing ka vera ka. kah kah kah. 

hilang stress aku kejap. 

hadoi.

p/s : esok agak-agak nak sedut udara pon kena bayar agaknya. 

Tuesday, December 17, 2013

Tatacara Mengerjakan Solat Witr.

Assalamualaikum readers,

entry ni aku share dari facebook page abg Sham Kamikaze. aku save kat blog aku untuk berkongsi ilmu dan untuk senang aku nak buat rujukan bila-bila masa nanti. kalau nak cari aku search je la kan. hehe. kalau letak dalam microsoft word jenuh aku nak buka satu-satu folder laptop aku nak cari balik. eden ni pelupo orgnyo.


insyaAllah jom kita baca, belajar dan fahami tatacara mengerjakan solat sunat witr ni.

Solat Witr 1 rakaat

Rakaat Pertama

1) Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat Witir
2) Takbiratul Ihram
3) Doa Iftitah
4) Membaca surah al-Fatihah
5) Membaca Surah al-Qur’an
6) Rukuk
7) Iktidal
 Sujud
9) Duduk antara dua sujud
10) Sujud kali kedua
11) Duduk untuk tahiyyat akhir
12) Memberi salam ke kanan dan ke kiri


Solat Witir dengan tiga rakaat. Tatacara perlaksanaannya ada dua :

1. Mengerjakan dua rakaat terlebih dahulu dan salam. Setelah itu didirikan satu lagi rakaat secara berasingan dan salam. Dalilnya adalah riwayat daripada Nafi’:

أَنَّ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عُمَرَ كَانَ يُسَلِّمُ بَيْنَ الرَّكْعَةِ وَالرَّكْعَتَيْنِ فِي الْوِتْرِ.

Maksudnya :

Bahawa ‘Abdullah bin ‘Umar mengucapkan salam antara satu rakaat dan dua rakaat dalam solat Witir. – Hadith Riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Witr, no 991.

* Tatacara mengerjakannya

Rakaat Pertama

1) Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat Witir
2) Takbiratul Ihram
3) Doa Iftitah
4) Membaca surah al-Fatihah
5) Membaca Surah al-Qur’an
6) Rukuk
7) Iktidal
 Sujud
9) Duduk antara dua sujud
10) Sujud kali kedua
11) Bangun untuk rakaat kedua

Rakaat Kedua

1) Ulang seperti rakaat pada pertama dari nombor (4) hingga (10)
2) Duduk untuk tahiyyat akhir
3) Memberi salam kanan dan kiri dan bagun untuk mengerjakan rakaat terakhir

Rakaat Ketiga

1) Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat Witir
2) Takbiratul Ihram
3) Doa Iftitah
4) Membaca surah al-Fatihah
5) Membaca Surah al-Qur’an
6) Rukuk
7) Iktidal
 Sujud
9) Duduk antara dua sujud
10) Sujud kali kedua
11) Duduk untuk tahiyyat akhir
12) Memberi salam ke kanan dan ke kiri

2. Mendirikan tiga rakaat sekaligus dengan hanya satu salam.

مَا كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَزِيدُ فِي رَمَضَانَ وَلاَ فِي غَيْرِهِ عَلَى إِحْدَى عَشْرَةَ رَكْعَةً.

يُصَلِّي أَرْبَعًا فَلاَ تَسَلْ عَنْ حُسْنِهِنَّ وَطُولِهِنَّ. ثُمَّ يُصَلِّي أَرْبَعًا فَلاَ تَسَلْ عَنْ حُسْنِهِنَّ وَطُولِهِنَّ.

ثُمَّ يُصَلِّي ثَلاَثًا.

Maksudnya :

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam tidak menambah pada bulan Ramadan dan tidak pula pada bulan-bulan lainnya, melebihi sebelas rakaat; baginda solat empat rakaat, jangan kamu persoalkan akan kebagusan dan panjangnya. Kemudian baginda solat empat rakaat lagi, jangan kamu persoalkan akan kebagusan dan panjangnya. Kemudian baginda solat tiga rakaat (witir). - Hadith Riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab at-Tahajjud, no 1147.

Solat Witir sebanyak tiga rakaat ini berbeza dari Solat Maghrib yang terdapat dua tasyahhud. Tasyahhud solat Witir hanyalah satu yakni pada rakaat yang ketiga. Surah-surah yang baginda baca untuk solat Witir tiga rakaat adalah Surah al-A’la, Surah al-Kaafiruun dan Surah al-Ikhlas sebagaimana riwayat daripada Ubay bin Ka’ab, dia berkata :

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقْرَأُ فِي الْوِتْرِ بِسَبِّحْ اسْمَ رَبِّكَ الأَعْلَى

وَفِي الرَّكْعَةِ الثَّانِيَةِ بِقُلْ يَا أَيُّهَا الْكَافِرُونَ وَفِي الثَّالِثَةِ بِقُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ

وَلاَ يُسَلِّمُ إِلاَّ فِي آخِرِهِنَّ وَيَقُولُ يَعْنِي بَعْدَ التَّسْلِيمِ سُبْحَانَ الْمَلِكِ الْقُدُّوسِ ثَلاَثًا

Maksudnya :

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam biasa membaca dalam Solat Witir ‘Sabbihisma rabbikal a’laa’ dan pada rakaat kedua membaca ‘Qulyaa ayyuhal kaafiruun’ dan pada rakaat ketiga ‘Qulhuwallahu ahad’ dan baginda tidak mengucapkan salam kecuali pada akhir rakaat dan baginda membaca ‘Subhanal malikul qudduus’ sebanyak tiga setelah memberi salam – Hadith Riwayat Imam al-Nasa’i dalam Sunannya, Kitab Qiyaamul Lail wa Tathawwu’un Nahaar, no 1683.

p/s : marilah beristighfar. insyaAllah semoga bermanfaat. semoga kita semua sentiasa di dalam Rahmat Iman. InsyaAllah. :)

kredit to : Abg Sham Kamikaze.

Sunday, December 15, 2013

fahami diri aku sendiri

assalamualaikum readers.

mungkin ada yang perasan kehilangan aku selama lebih kurang 3 bulan dalam dunia meluahkan perasaan dan pendapat melalui dunia maya ni. *ayat xleh blah. hahaha. apa pon. here i'm am. sitting in front of computer and struggling to start writing again.

even a small seed can survive alone
 
banyak sangat pengalaman 3 bulan yang aku tak luahkan. bagaimana aku menghadapi hidup aku dan setiap detik cuba memahami diri aku yang sebenar. kalau nak fikirkan soalan macam mana nak fahami diri aku yang sebenar. aku highlight sikit sebab benda ni sangat penting. sebab tak semua orang tahu apa yang diri dia nak sebenarnya dan kenapa orang A perangainya macam ni dan orang B perangainya lain.

people always think they are right. aku betul. yang betul tu aku. dan kalau salah tu bukan aku. mungkin orang lain atau aku yang tak sengaja. jadi aku tak bersalah. yeke? lepastu kenapa orang lain pon fikir benda yang sama dengan aku? entah la. I should stop judge others. aku sendiri pon selalu buat silap.

"tapi kalau dah asyik aku je yang bersabar?"

"sabar je la lagi. alang-alang dah bersabar. teruskan je la"

"what if I teach that someone, some lesson?"

"you must ready to face the consequences then my dearself."

 
sejak 2 3 hari ni aku banyak monolog. banyak benda yang aku nak luahkan aku tak luahkan. kat Mr. Teddy pon aku tak bagi tau.

"mugkin sebab dia busy?"

"atau aku yang tak nak libatkan dia dalam masalah bodoh aku."

atau kan ada DIA yang lebih Maha Mendengar. dan aku percaya dia sentiasa mendengar. there must be some reasons. sebab tu benda macam ni jadi. benda apa? ada la BENDA.

p/s : apa yang penting dalam planning aku, nak habiskan semester 7 tanpa gagal mana-mana paper. dan habiskan degree dengan jayanya pada bulan 6 tahun depan. *doakan aku. -_-



.:iklan nuffnang:.