.:abg nuffnang duk sini:.

Wednesday, November 30, 2011

tora datang lagi...!!

kalau korang sebaya aku mesti korang ingat benda ni kan? hahaha.


sekian dari mugmerah. *ttehee

Monday, November 28, 2011

i love u.. just u~

to my lovely teddy. i love u. thanks sbb selalu berada di sisi saya walaupun selalu lambat. HAHA.


i tahu. i selalu marah teddy i. tapi tu time i kusut. masalah penuh. nak lepas masalah. teddy i yang kena marah. lepas tu saya menyesal sebab saya marah awak. selalu merajuk. bukan ngada2. tapi nak tarik perhatian. huhu.


nasib baik awak penyabar.

thanks a lot my love. terima kasih sebab selalu di sisi mugmerah yang selalu emo.

love u..




Saturday, November 26, 2011

sabtu 26.11.2011

hari ni hari sabtu. 26.11.2011. means sebulan lebih sikit lagi atau lagi 5 minggu dah final. walaupun sem ni aku cuma ambil 5 paper 6 kalau kira sekali dengan ko-k. oppss. aku masih berfikir tentang ko-k hari ni.


malasnya nak pergi. aku xnak pergi trekking kat hutan sintok tu. ada pacat banyak. dah la musim hujan ni. ponteng boleh x?

tapi kalau ponteng nanti sem depan kena repeat. nak ah. malas dah nak ber ko-k.

hmm.

p/s: hari ni xde mood la. xtau la kenapa. huhu

Thursday, November 24, 2011

petang khamis yang bosan bersama wanie

pada suatu petang (hari ni la) aku tengah tunggu kaunter pendaftaran untuk program interaksi go-kart UUM 2011. dengan wanie. sebab bosan mengunggu so, aku tengok la orang yang lalu lalang.

wanie

kalau tengok orang yang lalu lalang tu. macam-macam boleh kita perhatikan. ada yang muka control. ada yang bercakap henpon sambil tgok2 kasut. ada yang minum air berdiri. ada yang menari-nari kat khalayak ramai. ada yang jalan kaki ke lain. mata ke lain.


agak-agak apa la yang ada dalam fikiran masing-masing. perasaan gembira. contoh (apa yang aku fikir dorang cakap dalam hati la)

"yeay, kelas dah habis. aku nak balik tido la. mengantuk." sambil muka berkerut-kerut berfikir.

"huyoo. cun giler budak tu. nak ngorat la."


"ehmm. mana aku nak pergi lepas ni ea? bosannya." sambil mulut muncung dan jalan malas2

"mana abg ni. cakap nak dating. xdatang2 lagi. selalu lambat..!!" sambil tangan duk pusing2 jam kat tangan.


"huisyhh.. assignment xsiap lagi. nak kena g library. pinjam buku. ada group member pon macam aku sorang jer yang kena buat semua. tensen." jalan laju2. semua orang nampak macam dinding je.

last.

"alamak. cuti sem lambat lagi. duit dah xde. asyik mintak bapak je. makanan makin mahal. nak print assignment lg. kawan2 ajak keluar lagi. kalau xpegi dorg kata xnak kawan. hui." gaya dorg agak2 mcm mna?

korang fikir la sendiri

aku? aku tersadai kat kerusi kat tepi foyer library ni. tengok gelagat manusia. macam2 rupa. macam2 fesyen. macam2 kerenah. ada yang sorg2 tengok hp. senyum sorang2. ada yang tengah tekan ipad sambil angkat tinggi2. menunjuk la tu. HAHA.. buruk punya fikiran.


sukahati aku la. fikiran aku. HAHA

dah la.

sekian.


Wednesday, November 23, 2011

aku heran la dengan 'mereka' ni..

beberapa hari yang lepas aku ada lepak dengan kawan aku. merangkap ex-rumet aku yang tersayang. fatin. aku teman dia kat kafe masa tu dalam pukul 11 malam la lebih kurang. tengah-tengah lepak sambil borak-borak. tiba-tiba datang la sekumpulan budak perempuan.

mugmerah malu la nak pakai macam ni jalan-jalan kat luar. 
semua orang pandang

xde la budak jugak. umurnya lebih kurang aku jugak la. apa yang menarik perhatian aku pada kumpulan mereka ni ialah cara mereka berpakaian. aku tahu aku dulu pon pernah menempuhi zaman berpakaian pelik-pelik. sesuai la konon dengan zaman remaja.

tapi Alhamdulillah tu dulu. sekarang aku lebih hati-hati dengan pakaian yang aku pakai. aku bukan apa. bila balik kampung tengok muka ayah aku. abang-abang aku. rasa kesian pulak kalau dorang kena tanggung dosa aku sebab berpakaian macam tu.

ni lagi kes berat. heran aku bila tengok. nak tergelak pon ada

actually memang la mereka bertudung. yess. mereka bertudung. means mereka dah tutup rambut. tapi seluar mereka. ketatnya alamak. aku pon malu nak tengok. dengan baju yang ketat. nampak la badan-badan tu. yang kurus yang gemok sama je.

bila aku fikir lagi dalam-dalam aku cakap kat kawan aku.

"aku takut, aku tak nak anak aku nanti pakai pakaian macam ni"

"aku kesian kat suami aku nanti kena tanggung"

"dan aku pon tak nak dah berpakaian macam tu, aku sayang ayah aku, aku sayang abang-abang aku"

ramai jugak yang terpengaruh dari artis-artis.

sedih bila aku fikir. remaja-remaja yang hanya tahu berfesyen entah apa-apa ni aku berfikir dan berfikir. nak je aku g bagi kuliah tengah malam kat situ. tanya. korang xkesian ke kat bapak korang? abang korang? atau at least kt diri korang tu sndiri?

tp mgkin bnda ni kesedaran dia datang dari dalam diri masing-masing. aku berdoa semoga semua mereka sedar. tolong la jangan pakai macam tu lagi. bukan xboleh pakai semuar. tapi jangan la ketat sangat. boleh pakai baju adik. tapi jgan la pakai baju adik yang ketat smpai nak bernafas pon nampak payah. kalau ye pon body korang cantik. xperlu la nak ditayang. xmalu ke..?

dah la malas la nak bebel. kalau korang yang baca apa yang aku tulis ni dan ada yang pakai pelik-pelik tu. fikir-fikirkanla

sekian

anda peminat filem kungfu?

Tuesday, November 22, 2011

sakit tau x..??

tetiba je aku nak emo mlm ni. lepas setel 1 assignment. 1 paper work. 2 meeting. aku ok. tapi awal2 pagi ni. entah kenapa hati aku sakit sangat. mungkin hanya mereka yang mengerti faham kenapa.


tak pasal2 aku kena menangis pagi2 hari ni. kepada awak. thanks. dah lama saya x menangis. xpe. saya boleh usaha lebih. cari pengganti. asal plan awak xtergendala. maaf sebab saya dah paksa-paksa awak tadi. saya tahu saya yang salah

sekian. salam maaf


Sunday, November 20, 2011

Indonesia VS Malaysia - Final Sea Games 26th TRAILER

Assalamualaikum semua. HAHA. aku baru terjumpa sesuatu yang menarik. pasal game bola Malaysia lawan Indonesia. best giler. meremang bulu roma aku tgok.


best kan? game tu tarikhnya 21 november 2011. selepas pasukan Malaysia berjaya mengalahkan Myanmar  dengan gol 1-0, dengan hasil tendangan Ahmad Fakri Saarani di minit ke 85, manakala Indonesia mengalahkan Vietnam dengan 2-0. aku yang xminat bole pon terexited da ni.


papepon kepada penyokong kedua-dua buah negara. bertindak positiflah bila keputusan keluar nanti. walaupun tadi baru aku terbuka kat facebook pasal isu ni. penyokong kedua-dua buah negara saling mengutuk. langsung tidak profesional. aku ingat nak print screen. tapi melihat kepada ayat yang digunakan. aku benar-benar kesal.


kepada mereka-mereka yang saling mengutuk tu tolong la korang. positif. kita kan serumpun. aku xsokong mana-mana pihak sebab memang aku orang Malaysia dan aku of course sayang negara aku. tapi xperlu rasanya kita mengutuk negara orang. dan aku juga ada kawan-kawan dari Indonesia. malah selalu jugak tengok cerita indonesia. pernah dapat ilmu dari pensyarah dari Indonesia.


Malaysia dan Indonesia tersangat la dekat sebenarnya. bahasa dan warna kulit kita hampir sama. jadikan game ni satu medan untuk bersatu. sukan untuk menyatukan. bukan memecahkan. sekali lagi pesanan aku. berfikir dan bertindak secara positif. kalau kalah. terima seadanya. kalau menang Alhamdulillah.



bersatu untuk kepentingan kita bersama. kita juga yang untung. 

sekian.

saya sayang blog saya..

walaupun blog aku neh dah berhabuk2. jarang aku jenguk apatah lagi update. tapi aku tetap sayang dia. sayang blog ni sangat-sangat. muahh99.



nak pelok blog ni kuat-kuat


blog tempat luahkan perasaan dan perasan.


blog tempat menghilangkan duka.


blog tempat bergembira.


blog tempat belajar.


waaa.. xtahu apa nak buat if one day tiba-tiba blog ni hilang. xpon xboleh dah nak buka. tidakkk. 





walaupun blog aku xfemes.


walaupun blog aku xcantik.


tapi aku xkesah.


yang penting aku ada blog untuk aku bercerita.


sebab blog aku adalah makhluk yang paling setia mendengar.



even en.teddy pon kalah. so Teddy. awak jangan dok jeles sangatlah kalau saya nak berblog. :p


mood: tengah layan lagu asfan-terhenti disini.


Saturday, November 19, 2011

a butterfly's lesson

one day, a small opening appeared in a cocoon. a man sat and watched rof the butterfly for several hours as it struggled to force its body through that little hole. 


then its seems to stop making any progress. its appeared as if it had gotten as far as it could and it could not go any further.


so,the man decided to help the butterfly: he took a pair of scissors and opened the cocoon. the butterfly then emerged easily.


But it had a withered body,  it was tiny and shriveled wings.

The man continued to watch because he expected that, at any moment, the wings would open, enlarge and expand, to be able to support the butterfly’s body, and become firm.

Neither happened! In fact, the butterfly spent the rest of its life crawling around with a withered body and  shriveled wings. It never was able to fly.   

What the man, in his kindness and his goodwill did not understand was that the restricting cocoon and the struggle required for the butterfly to get  through the tiny opening, were God’s way of forcing  fluid from the body of the butterfly into its wings, so that it would be ready for flight once it achieved its freedom from the cocoon.


Sometimes, struggles are exactly what we need in our life.  If God allowed us to go through our life without any obstacles, it would  cripple us. We would not be as strong as we could have been. Never been able to fly.

I asked for Strength... and God gave me  difficulties to make me strong.
I asked for Wisdom... and God gave me problems to solve.
I asked for prosperity...and God gave me a brain and brawn to work.


I asked for Courage…and God gave me obstacles to overcome.
I asked for Love...and God gave me troubled  people to help.  
I asked for Favors...and God gave me  Opportunities.  

"I received nothing I wanted...but I received everything I needed."

"Live life without fear, confront all obstacles and know that you can overcome them."


thanks for reading...









pada suatu petang...

salam semua. huhu. lama kot xbuat entry. dah berdebu da blog aku ni. siap tumbuh lalang berbunga da kat tepi-tapi tu. well. sebenarnya bukan sengaja aku xnak berblog. cuma bizi je dan plus malas la kan. penyakit yang semua orang xnak. tp hampir semua orang ada.


petang-petang mcm ni best pulak aku duk lepak kat kafe sorang-sorang sambil online. tengok gelagat manusia kat UUM ni. menarik. macam-macam. cehh. sedap-sedap je aku pherati kat orang. tah-tah ada yang tengah tengok aku yang tengah pakai baju ko-k lagi ni lepak kat kafe sambil tekun menaip ala-ala tengah buat assignment kan.


ok la. dah cukup membebel dalam keadaan yang separa sedar sebab aku tengah mengantuk ni. sebenarnya aku nak cerita. semalam aku tengok dua cerita. cerita tu sangat ringan konsep yang dia bawa tapi beri kita meseg yang sgt berguna. terutamanya kepada kita yang xlama lagi. InsyaAllah akan bergelar golongan dewasa dan dengan izin Allah juga akan ada anak dan keluarga sendiri. 


cerita tu korang semua mesti pernah dengar. baru je keluar. tajuk dia Aku Tak Bodoh.



pada aku cerita ni memang menarik. disamping pelakon dia yang hensem. hehe. Encik Teddy jangan marah tau. cerita tentang remaja atau anak-anak yang hidup mereka diarah dan diarah oleh ibu bapa. tindakan mereka dianggap salah. menyebabkan mereka memberontak.



si bapak yang sayang kat anaknya. tapi xtau nak tunjukkan kasih sayang. sebaliknya menggunakan kekerasan atau berkasar dalam membesarkan anaknya. realiti kehidupan



cikgu yang.... tak boleh cakap apa. tapi korang tengok dan fikir-fikirkan lah. aku juga bakal guru. cerita ni beri aku peluang untuk fikir. "aku mahu jadi guru yang bagaimana?" korang juga. kalau bakal guru. fikir-fikirkan.


masyarakat yang hanya tau menghukum. menghukum bukan mengadili. menganggap hukuman dapat mengubah sikap dan sesuatu kesalahan. 


bila dah jadi benda buruk baru menyesal. ingat. "menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tidak berguna"


kerana ibu bapa yang sibuk mencari rezeki. lupa masa untuk anak. anak mencari kawan. kawan adalah segalanya. mereka tak bersalah secara keseluruhan. mereka perlu dihargai. 


kerana rakan. sanggup berbuat apa sahaja. 

seperti yang aku cakap tadi. cerita ni mengandungi banyak mesej yang cuba disampaikan. sudi-sudikanlah diri korang untuk menonton. xrugi. kerana banyak ilmu yang tersirat.

sekian...

oppsss. ada lg 1 cerita yang aku tengok. next time la aku cerita.






.:iklan nuffnang:.