petang-petang mcm ni best pulak aku duk lepak kat kafe sorang-sorang sambil online. tengok gelagat manusia kat UUM ni. menarik. macam-macam. cehh. sedap-sedap je aku pherati kat orang. tah-tah ada yang tengah tengok aku yang tengah pakai baju ko-k lagi ni lepak kat kafe sambil tekun menaip ala-ala tengah buat assignment kan.
ok la. dah cukup membebel dalam keadaan yang separa sedar sebab aku tengah mengantuk ni. sebenarnya aku nak cerita. semalam aku tengok dua cerita. cerita tu sangat ringan konsep yang dia bawa tapi beri kita meseg yang sgt berguna. terutamanya kepada kita yang xlama lagi. InsyaAllah akan bergelar golongan dewasa dan dengan izin Allah juga akan ada anak dan keluarga sendiri.
cerita tu korang semua mesti pernah dengar. baru je keluar. tajuk dia Aku Tak Bodoh.
pada aku cerita ni memang menarik. disamping pelakon dia yang hensem. hehe. Encik Teddy jangan marah tau. cerita tentang remaja atau anak-anak yang hidup mereka diarah dan diarah oleh ibu bapa. tindakan mereka dianggap salah. menyebabkan mereka memberontak.
si bapak yang sayang kat anaknya. tapi xtau nak tunjukkan kasih sayang. sebaliknya menggunakan kekerasan atau berkasar dalam membesarkan anaknya. realiti kehidupan
cikgu yang.... tak boleh cakap apa. tapi korang tengok dan fikir-fikirkan lah. aku juga bakal guru. cerita ni beri aku peluang untuk fikir. "aku mahu jadi guru yang bagaimana?" korang juga. kalau bakal guru. fikir-fikirkan.
masyarakat yang hanya tau menghukum. menghukum bukan mengadili. menganggap hukuman dapat mengubah sikap dan sesuatu kesalahan.
bila dah jadi benda buruk baru menyesal. ingat. "menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tidak berguna"
kerana ibu bapa yang sibuk mencari rezeki. lupa masa untuk anak. anak mencari kawan. kawan adalah segalanya. mereka tak bersalah secara keseluruhan. mereka perlu dihargai.
kerana rakan. sanggup berbuat apa sahaja.
seperti yang aku cakap tadi. cerita ni mengandungi banyak mesej yang cuba disampaikan. sudi-sudikanlah diri korang untuk menonton. xrugi. kerana banyak ilmu yang tersirat.
sekian...
oppsss. ada lg 1 cerita yang aku tengok. next time la aku cerita.
0 komen:
Post a Comment
jom kongsi pendapat dengan mugmerah.