.:abg nuffnang duk sini:.

Sunday, April 29, 2012

zati.tiny.lense a becoming photographer

zati.tiny.lense. jom usha gambar dia. 










cantik kan? komen la sikit. hehe

.:mugmerah

si pencuri bunga!



jom main game flower shop kat facebook. hihihi.

...mugmerah

Alhamdulillah. ranking di alexa semakin baik..

setelah 10 hari mugmerah.com mendapat nafas atau sebenarnya nama je yang baru. *ayat lebih2 mcm nak tulis surat bg kat pengetua. hehe. ok2. sambung. ranking mugmerah.com  semakin hari semakin cantik. sebelum tu jom like fan page mugmerah.com kat facebook.



alexa ni merupakan satu website yang mecari dan menilai laman web-laman web yang ada di seluruh dunia. if korang nak cek ranking blog korang jom tgok kt sini.

sila klik gambar utk ke page alexa

 jom usha ranking-ranking aku dalam masa 10 hari ni.

hari pertama. stress aku tengok. tapi sbb ramai yang bg sokongan jadi aku sabar je

kemudian. Alhamdulillah semakin cantik


5 juta

4 juta
2 juta

yang ni yang terbaru. hehe. beza 10 juta dari yang pertama. ranking di Malaysia pon dah bawah 10K.

jom tgok sini

.: mugmerah

Saturday, April 28, 2012

hijab heliza helmi

last entry untuk hari ni. aku nak tanya. mana nak dapat hijab ni ea?


ada sesiapa tahu? boleh bgtau aku x?


.: mugmerah

UNGGAS MALAYSIA - demi kesejahteraan masyarakat

Assalamualaikum

jom ke blog UNGGAS MALAYSIA untuk menyokong mereka membentuk masyarakat yang lebih 'bertamadun'. sebelum tu Mugmerah nak kongsi sedikit mengenai UNGGAS ni.

UNGGAS Malaysia merupakan sebuah badan bebas yang menjalankan aktiviti upayadaya Aktivis, Pemantauan Isu Sosial, Advokasi,Penyelidikan, Pendidikan Awam dan Kritik Sosial yang berkaitan dengan permasalahan sosial. 
email:unggasmail@gmail.com 
hotline:013-7069509 
sumbangan ke akaun CIMB Islamic. No. akaun :0702-0000175-102
kawan2 blogger jom sertai UNGGAS untuk kempen menutup aurat peringkat antarabangsa. =)

sumber gambar dari : Agak2 bila kita boleh nikah.

.:mugmerah


18 sebab jin merasuk manusia


WANITA suka bersolek dan gemar berpakaian mendedahkan aurat sasaran utama golongan jin untuk dipikat.

Salah seorang imam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor, Ustaz Ahmad Dasuki Abd Rani berkata, dalam setiap tubuh manusia ada jin dan makhluk halus itu sentiasa berusaha mempengaruhi kita mengikut telunjuk mereka.

Pendakwah bebas lulusan Universiti Al-Azhar itu berkata, ramai manusia tidak menyedari tindak-tanduk mereka sentiasa menjadi perhatian jin.
"Jin sebenarnya suka memikat manusia, terutama wanita yang suka bersolek dan gemar berpakaian mendedah aurat,” katanya ketika membentangkan kertas kerja berkaitan peranan jin di Masjid Kota Damansara, Petaling Jaya, baru-baru ini.

Menurut Ustaz Dasuki lagi, jin tidak akan datang mengacau seseorang itu melainkan ia sudah terpikat.

“Bila sudah berkenan, jin akan berusaha memasuki tubuh orang yang dia suka dan terus bersarang di dalamnya." tambahnya.

Lazimnya, kata beliau, jin memilih manusia yang lemah semangat dan tidak mempunyai pendinding diri untuk dipikat.

“Manusia yang sudah lupa Allah dan menjauhi Al Quran tidak lagi mempunyai pendinding diri dan sebab itu mudah dipengaruhi jin,” tambahnya.
Manurut Ustaz Dasuki lagi, jin menyusup masuk ke dalam tubuh manusia dengan berbagai cara, antaranya diminta manusia sendiri sama ada sedar atau tidak. Lebih malang lagi, katanya, manusia sendiri menggunakan khidmat jin sebagai khadamnya untuk melakukan pengkhianatan kepada orang lain.

Ustaz Dasuki menyatakan 18 sebab jin merasuk manusia, iaitu:

  1. Apabila manusia meringankan solat dan tidak mentaati perintah Allah.
  2. Terdapat alat muzik atau alat melalaikan didalam rumah
  3. Meninggikan suara dalam bilik air
  4. Menangis dan merintih sebelum tidur
  5. Membuang air panas ke dalam bilik air
  6. Melompat tinggi tanpa membaca Bismillah
  7. Memasuki tempat gelap yang ditinggalkan
  8. Perasaan terlalu takut dan terlampau gembira, seperti ketawa berlebihan
  9. Selalu bertengkar suami isteri
  10. Terlampau marah
  11. Mengikut hawa nafsu
  12. Terdapat gambar lukisan manusia dan anjing di dalam rumah
  13. Terdapat lambang salib pada lantai, sejadah atau langsir
  14. Menghadiri majlis yang melekakan tanpa menyebut kalimah Allah
  15. Perempuan suka bersolek. (hati2 la yer comel. hihihi)
  16. Berlaku sihir perjanjian di antara jin dan tukang sihir
  17. Jin jatuh cinta pada manusia
  18. Suka membaca buku cerita hantu dan buku berunsur sihir.

Beliau juga memberikan beberapa tanda manusia dirasuk jin, antaranya sukar tidur malam, hati berdebar-debar terutama pada waktu senja atau perasaan resah tidak menentu.
Mimpi berulang mengenai perkara yang menakutkan seperti melihat anjing hitam, kucing, ular, manusia pelik, dibawa ke kubur atau diusung ke tempat mengerikan juga dikaitkan dengan gangguan jin.

Selesema berpanjangan juga dikaitkan dengan gangguan makhluk halus selain malas berzikir dan solat,?katanya.

Selain itu, manusia dirasuk jin merasa sakit pada sesetengah anggotanya tapi sukar dikesan oleh doktor.

Lain lain tanda ialah pening berpanjangan terutama pada waktu senja, otak lemah, tidak sedar diri serta telinga berdesing atau mendengar kata-kata suruhan tertentu.

wallahhualam...

mugmerah :. entry ni aku copy paste then edit sikit. dari sini. sbb xnak hilangkan keaslian dari penulis asal.


bersih 3.0


just a sharing. wuwu. meremang kot tgok. aku xnak komen pape blog aku bukan blog politik. korang lihat dan nilai sendiri. Subhanallah.

.:mugmerah

segmen lagi untuk giveaway pulak

banner segmen tersebut.

Buat satu entry paling simple tentang giveaway ini bersertakan gambar diatas. (entry tajuk sendiri2 kan. hehe)
----> gambar komik lawak kampus la.

Then jangan lupa linkkan blog entry ini dalam entry korang k
----> blog aku leteww. ni link blog beliau (erk! maksud aku encik amer)

Sila tinggalkan URL blog korang kat komen k.
----> komen kt blog beliau ok. bukan tinggal url kt blog aku. hehehe

Wajib tag sekurang2nya seorang je kawan korang and makesure dorang tahu dorang ditag
----> alamak! yg ni poblem. aku nak tag sape? huwaaa. Sis Al boleh x?

blogger warganegara Malaysia
----> erk! nak kena scan mykad ke? hihihi

Tempoh Giveaway ini...
bermula 20-4/  tamat 30-4  11.59pm
Pemenang akan dipilih menggunakan sistem RANDOM dan akan diumumkan pada 30.4.2012
sesiapa boleh join hinggah tarikh tutup giveaway
----> ayat copy paste. bukan aku yg skema. hehe. encik amir jgn marah ok! hehe

p/s : erk! asal segmen je enty aku jadi malas. bukan aku yg malas!

p/s #2 : aku kena tag dgn si yna ni. tenkiu wery muach!





gastrik jangan pandang mudah

Assalamualaikum

anda semua mesti pernah dengarkan sakit perut disebabkan gastrik. actually mugmerah juga salah seorang daripada 'mangsa'. kebiasaannya seseorang yang mengalami penyakit gastrik ni sering mengalami pedih ulu hati. dan sakit ni sering berlaku dalam keadaan perut yang kosong terutama pada lewat malam atau awal pagi.

kepedihan yang dialami oleh penghidap penyakit ni biasanya berbeza2 mengikut tahap penyakit yang dihadapi. pengalaman mugmerah sendiri bila waktu pagi mugmerah akan rasa pedih dalam perut dan rasa nak muntah. mengikut Dr Jamaludin Yusak, Pakar Bedah Am Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC),  kebiasaanya apabila muntah pesakit akan merasa lega dan sebenarnya muntah juga membantu melegakan rasa kepedihan. (owh, patut la, tp xbest tau muntah. erk!)

menurut Dr lg, selain pedih pada ulu hati, pesakit gastrik juga akan merasa sebu pada bahagian atas perut, mereka juga akan merasa jeluak dan sendawa dan bagi kes yang teruk pesakit akan buang air besar cair. (patut la bila aku pergi cek sbb sakit perut doctor selalu tekan bahagian atas perut dan rasa perghh, sakit weh!) 

Penyakit gasrtik ini adalah penyakit yang disebabkan oleh asid di dalam sistem penghadaman perut. berpunca daripada asid yang merosakkan dinding perut. Sebahagian daripada pesakit gastrik ini mempunyai kuman ‘Helicobacter pylori’ dalam perut mereka, yang bertindak melemahkan ketahanan dinding perut daripada ancaman asid.

menurut Dr Jamaludin lg, Komplikasi yang mungkin berlaku kepada pesakit gastrik ini termasuklah pendarahan, kebocoran dinding perut dan stenosis iaitu perut sumbat. Semua komplikasi ini dikategorikan sebagai teruk dan boleh mengancam nyawa.

oleh itu. sekiranya seseorang itu mempunyai tanda penyakit gastrik adalah baik bagi mereka mendapatkan khidmat nasihat dan rawatan doktor. (tapi aku sendiri dah malas pg jumpa doctor. huhu.)

jom tgok yg ni pulak


Friday, April 27, 2012

SEGMEN : PENCARIAN BLOGLIST MEI HAZWAN HAIRY

uih. dah berzaman xjoin segmen. hehe, ni nak join sbb mcm menarik. segmen ni dari blog Hazwan Hairy


syarat2 penyertaan : 

1. Anda mestilah FOLLOWERS blog ini (blog hazwan hairy la. nak follow aku pon xpe. hehe jika tidak paham2 je ok...
-----> encik hazwan mugmerah dah follow tau.

2. Tajuk SEGMEN : PENCARIAN BLOGLIST MEI HAZWAN HAIRY

3. Kekerapan anda berblogging dlm sehari?
-----> biasa mugmerah BW pagi lepas subuh, tgah hari lepas makan, ptg tunggu senja, mlm sebelum tido. wahhh.. 4 x.. kikiki

4. Link kan entry anda pada post entry ini.
-----> lepas sy publish sy link ok.. :)

Terhad
Tarikh tutup: Sehingga 1MEI
Blog anda akan di listkan didalam sidebar BLOGLIST MEI sebelah kanan blog
Hanya kekal sehingga hujung bulan MEI 2012 sahaja.

entry mcm org malas. kekeke.



kelebihan guna simcard SKMM

Assalamualaikum

ramai orang tanya mugmerah apa kelebihan guna simpack SKMM ni? actually mugmerah pon baru je guna. tapi setakat ni berpuas hati la kan. (if korang nak oder boleh tgok kt sini). ok jom baca apa kelebihan simcard SKMM ni.

kebebasan bersosial 24 jam

kenapa 24 jam? sebab korang boleh pasang simkad ni pada hp korang. kalau korang online kat rumah guna wireless limit dekat rumah je la. tapi guna simkad ni korang boleh online bila keluar dari rumah. cth dah boleh update blog sambil2 shopping. seronok kan? boleh send emel pada kawan2 dalam bas. xpayah dah usung laptop kesana kemari. cukup sekadar handphone. dan amat sesuai untuk pengguna smartphone, android DLL.

tak perlu dah ke cyber cafe

kalau korang ni xduduk hostel yang ada kemudahan wireless mcm kat UUM ni, korang mungkin nak guna internet untuk buat assignment. cuba korang kira ruginya kalau korang guna internet kat cybercafe RM2 untuk sejam. satu hari kira contoh korang guna internet sebulan 20 jam je sebulan dah RM40 (erk! mcm mustahil je online 20 jam je sebulan. haha). if korang guna simkad ni sebulan RM25 je. berbaloi kan?


dah bebas dari kontrak

bagi korang yang pernah guna broadband yang postpaid mesti faham maksud aku. aku pernah guna broadband yang bil sebulan kena bayar 50+. bulan ni xguna pon tetap kena bayar. kdg2 rasa mcm xadil je. hehe. tp dah beli so bayar je la. last2 aku terminate dan jumpa simkad SKMM ni. sebulan RM25 je pon. kalau xnak guna lagi dan xnak topup xpayah lg. tp limit xbayar dia 1 bulan la. 

tak ada bil bulanan

bila korang guna simpack broadband yang ala prepaid ni secara xlangsung dah xde la abg poastmen dtg rumah tiap2 bulan untuk hantar bil. dan xpayah dah kusut2 kepala nak pergi ke pusat celcom or maxis untuk bayar bil. korang cuma perlu topup je RM25 sebulan. wahh. seronoknya. leh kurangkan penggunaan kertas. hehe

ok. nak tau lagi kelebihan dia? korang kena la guna dulu. 
kalau nak order boleh tgok sini..


p/s : setakat ni mugmerah puas hati dgn simkad ni. kalau xpuas hati dan nak lebih korang beli je la plan yang mahal tu. hehehe


Thursday, April 26, 2012

remaja kita dan critical thinking.

Assalamualaikum

critical thinking atau definisinya ialah kebolehan seseorang untuk berfikir atau membuat keputusan sama ada untuk mempercayai atau melakukan sesuatu. atau dalam kata lainnya "berfikir tentang pemikiran". berfikir sebelum melakukan sesuatu bukan melakukan sesuatu kemudian baru berfikir.

ok. sekarang aku xnak jelaskan apa tu critical thinking sbb korang kena la berfikir. berdasarkan apa yang aku dah jelaskan kat atas. atau dgn lebih jelas pada aku 'berfikir bagaimana untuk berfikir'. yang jelas nampak sangat mudah pada sebutan. tapi pada pelaksanaannya bukan semua dapat laksanakan. 

apa yang aku nampak dalam kalangan masyarakat kita sekarang. kebanyakannya (bukan semua) tak mampu untuk berfikir secara kritikal. mereka lebih suka untuk bertindak tanpa berfikir. ok sekarang. korang jangan nak bangkang aku sebab contohnya banyak. nak bukti aku tunjuk bukti. tgok kat bawah. mmg bukan korang (mungkin) yang bermasalah. tapi korang xrasa bersalah ke sebab biarkan mereka di balut masalah2 mcm ni?


detailnya aku rasa korang dah tahu. xpayah aku nak cerita panjang2. lari dari rumah. kenapa. lingkungan umur. banyak sangat. kes rogol. buang bayi. ya aku cakap benda ni berlaku secara kasarnya banyak dalam kalangan golongan muda. usia macam aku je. ada yg lagi sedih, kesian, umur baru belasan tahun. patutnya duduk dalam kelas. belajar. tapi sebab ikut nafsu, ikut rasa, buat macam2. 

kenapa adik2? kenapa adik tak fikir pasal masa depan? nak je aku pergi cakap, nasihat sorang2. tapi apa kan daya. aku xmampu. apa yang aku mampu lakukan buat masa sekarang ialah mengajak korang semua berfikir. macam mana nak settle kan problem ni? satu jalan yang aku nampak. bukak fikiran mereka. bukan bukak untuk sekadar tidak tertutup atau istilah 'kampung' mereka kata. bukan. bukak untuk berfikir dengan rasional. kampung tu xsalah. aku juga orang kampung. Alhamdulillah cuba untuk berfikir.


jangan biarkan pengaruh sekularisme liberalisme membalut kita. apa tu sekular? liberal? (sila rujuk sini untuk sekularisme dan sini untuk liberalisme) ni bukan politik. politik yang aku nampak hanya perebutan kuasa. tapi bila dah dapat kuasa semua diabai. mereka fikir mcm mana nak kaya. mcm mana nak maju. maju xsalah. tapi aku nak tanya jujur, setinggi-tinggi bangunan mencecah awan. adakah pemikiran kita juga setinggi itu? atau. bangunan mencakar awan tapi pemikiran tenggelam ke dasar bumi? logik la kawan2. 

aku suka satu lagu baru. pada aku membuka minda. banyak lagu-lagu sekarang isi atau liriknya mengajak manusia berfikir, aku tekankan lagi MANUSIA bukan meja kerusi atau lembu kambing. Manusia. lagu Aku maafkan kamu (malique/jamal abidillah) aku cut part2 yang bermakna je ok. yang lain korang dengar sendiri.

Maafkan mereka, mereka tidak tahu
Mereka tidak ramas buku, mereka segan ilmu
Mereka tidak fasih malah fasik guna kata
Kita kongsi nama bangsa tapi tidak kasta bahasa
Maafkan mereka, mereka tiada nilai
Ibu bapa lalai dari kecil dah diabai
Tanpa kasih sayang, mereka suka menyakiti
Kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati
Atas kepala murai sekawan
Baling kurambit kucup lehernya
Terlalu rahi dendam diangan
Sampai terkacip mulut mahirnya
####
Jangan ahli sihir seru nama maharaja
Nanti segerombolan hantu bisu yang menjelma
Guna hak berfikir sebelum hak untuk bersuara
Kalau terpelajar sila guna hak miranda



lirik kat atas tu. panjang. banyak nasihat dia. unsur nasihat dalam lagu ni sesuai untuk golongan muda. kalau korang baca nilai. cantik lirik dia. lirik dia cakap lagi.

Pura-pura dengar, telan tapi tidak hadam
Hafaz bila lafaz tapi mereka tidak faham
Mereka mula kiri, aku kanan bila baca
Sudah mahir rumi, mari tafsir alif ba ta

aku nak korang berfikir. cari apa tu critical thinking. apa salahnya kita sama2 ajak bangsa kita. warganegara kita. berfikir. bukan sekadar fikir untuk exam, pilihanraya. tapi fikir antara betul dan salah. kepada rakan-rakan blogger aku tahu korang sayang kawan2 korang. kawan2 kita yang terlibat dengan masalah sosial ni. apa kata andainya kita sama2 bukak minda mereka. ajak mereka berfikir. berfikir untuk berfikir. 


Guna hak berfikir sebelum hak untuk bersuara
bertindak selepas berfikir. xrugi pon.

korang setuju? xsetuju kenapa? 




Wednesday, April 25, 2012

Biodata Ustaz Don




Nama: Don Daniyal Don Biyajid
Tarikh lahir: 14 November 1984
Tempat lahir: Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Tinggi: 171 sentimeter
Berat: 56 kilogram
Pekerjaan: Pensyarah muda & pendakwah bebas bertauliah Pulau Pinang & Selangor)
Status: Bujang
Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Takhassus Qiraat dari Maahad Qiraat Shoubra, Mesir


ada sesuatu pada wajah ustaz. mengundang Mugmerah cari biodata dia. 


Tuesday, April 24, 2012

bola hanyut tsunami


Assalamualaikum

siapa sangka sebiji bola yang hanyut kerana bencana alam, tsunami yang melanda Jepun pada Mac tahun lalu boleh sampai ke alaska. korang tau x jarak antara alaska dengan jepun tu mcm mana? ok sila tgok gambar kat bawah. 
korang nampak x tanda A dan B tu? A tu jepun, B tu Alaska. jauh kan? 

bola ni survive sampai ke Alaska dan telah di jumpai oleh seorang lelaki. mengikut Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Negara (NOAA) Amerika Syarikat, lelaki tersebut, David Baxter yang berusia 51, menemui bola itu di pantai Pulau Middleton pada bulan Mac tahun lalu.

"Nama sebuah sekolah tertera pada bola itu dan isteri lelaki itu mampu menterjemah tulisan tersebut bagi mengesan sekolah berkenaan," kata NOAA.


Isteri Baxter ialah wanita berketurunan Jepun menurut NOAA tu telah menterjemahkan tulisan pada bola tersebut. tulisan pada bola tu merupakan contengan daripada kawan si pemilik bola tersebut iaitu Misaki Murakami.


Murakami, 16, kehilangan rumah dan semua barangan di dalam kediamannya semasa ombak besar menghancurkan kampung Rikuzentakata di timur laut Jepun.

pada bola tu kawan Misaki Murakami tulis 'semoga berjaya' dan mugmerah rasa bola tu memang berjaya survive sampai ditemui dan akan dipulangkan kembali pada tuannya.


Misaki Murakami.

bola bertuah. hehe

"Saya bersyukur kerana ketika ini saya tidak menemui sebarang barang yang pernah menjadi milik saya," kata Misaki kepada stesen penyiaran TBS kelmarin.

sumber : BERNAMA

p/s : hebatkan? kuasa air mampu menemukan banyak benda. takdir lagi yang jumpa bola tu pon orang jepun di Alaska.

awak hensem dan comel tolong mugmerah boleh?


.:iklan nuffnang:.