Assalamualaikum
critical thinking atau definisinya ialah kebolehan seseorang untuk berfikir atau membuat keputusan sama ada untuk mempercayai atau melakukan sesuatu. atau dalam kata lainnya "berfikir tentang pemikiran". berfikir sebelum melakukan sesuatu bukan melakukan sesuatu kemudian baru berfikir.
ok. sekarang aku xnak jelaskan apa tu critical thinking sbb korang kena la berfikir. berdasarkan apa yang aku dah jelaskan kat atas. atau dgn lebih jelas pada aku 'berfikir bagaimana untuk berfikir'. yang jelas nampak sangat mudah pada sebutan. tapi pada pelaksanaannya bukan semua dapat laksanakan.
apa yang aku nampak dalam kalangan masyarakat kita sekarang. kebanyakannya (bukan semua) tak mampu untuk berfikir secara kritikal. mereka lebih suka untuk bertindak tanpa berfikir. ok sekarang. korang jangan nak bangkang aku sebab contohnya banyak. nak bukti aku tunjuk bukti. tgok kat bawah. mmg bukan korang (mungkin) yang bermasalah. tapi korang xrasa bersalah ke sebab biarkan mereka di balut masalah2 mcm ni?
detailnya aku rasa korang dah tahu. xpayah aku nak cerita panjang2. lari dari rumah. kenapa. lingkungan umur. banyak sangat. kes rogol. buang bayi. ya aku cakap benda ni berlaku secara kasarnya banyak dalam kalangan golongan muda. usia macam aku je. ada yg lagi sedih, kesian, umur baru belasan tahun. patutnya duduk dalam kelas. belajar. tapi sebab ikut nafsu, ikut rasa, buat macam2.
kenapa adik2? kenapa adik tak fikir pasal masa depan? nak je aku pergi cakap, nasihat sorang2. tapi apa kan daya. aku xmampu. apa yang aku mampu lakukan buat masa sekarang ialah mengajak korang semua berfikir. macam mana nak settle kan problem ni? satu jalan yang aku nampak. bukak fikiran mereka. bukan bukak untuk sekadar tidak tertutup atau istilah 'kampung' mereka kata. bukan. bukak untuk berfikir dengan rasional. kampung tu xsalah. aku juga orang kampung. Alhamdulillah cuba untuk berfikir.
jangan biarkan pengaruh sekularisme liberalisme membalut kita. apa tu sekular? liberal? (sila rujuk sini untuk sekularisme dan sini untuk liberalisme) ni bukan politik. politik yang aku nampak hanya perebutan kuasa. tapi bila dah dapat kuasa semua diabai. mereka fikir mcm mana nak kaya. mcm mana nak maju. maju xsalah. tapi aku nak tanya jujur, setinggi-tinggi bangunan mencecah awan. adakah pemikiran kita juga setinggi itu? atau. bangunan mencakar awan tapi pemikiran tenggelam ke dasar bumi? logik la kawan2.
aku suka satu lagu baru. pada aku membuka minda. banyak lagu-lagu sekarang isi atau liriknya mengajak manusia berfikir, aku tekankan lagi MANUSIA bukan meja kerusi atau lembu kambing. Manusia. lagu Aku maafkan kamu (malique/jamal abidillah) aku cut part2 yang bermakna je ok. yang lain korang dengar sendiri.
Maafkan mereka, mereka tidak tahu
Mereka tidak ramas buku, mereka segan ilmu
Mereka tidak fasih malah fasik guna kata
Kita kongsi nama bangsa tapi tidak kasta bahasa
Maafkan mereka, mereka tiada nilai
Ibu bapa lalai dari kecil dah diabai
Tanpa kasih sayang, mereka suka menyakiti
Kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati
Atas kepala murai sekawan
Baling kurambit kucup lehernya
Terlalu rahi dendam diangan
Sampai terkacip mulut mahirnya
####
Jangan ahli sihir seru nama maharaja
Nanti segerombolan hantu bisu yang menjelma
Guna hak berfikir sebelum hak untuk bersuara
Kalau terpelajar sila guna hak miranda
Pura-pura dengar, telan tapi tidak hadam
Hafaz bila lafaz tapi mereka tidak faham
Mereka mula kiri, aku kanan bila baca
Sudah mahir rumi, mari tafsir alif ba ta
aku nak korang berfikir. cari apa tu critical thinking. apa salahnya kita sama2 ajak bangsa kita. warganegara kita. berfikir. bukan sekadar fikir untuk exam, pilihanraya. tapi fikir antara betul dan salah. kepada rakan-rakan blogger aku tahu korang sayang kawan2 korang. kawan2 kita yang terlibat dengan masalah sosial ni. apa kata andainya kita sama2 bukak minda mereka. ajak mereka berfikir. berfikir untuk berfikir.
Guna hak berfikir sebelum hak untuk bersuara
bertindak selepas berfikir. xrugi pon.
korang setuju? xsetuju kenapa?
selain dorg nie xberfikir critically
ReplyDeletedorg jugak xfikir rational
kena fikir dr byk sudut
benda yg dorg nk buat tu ada pros n cons ke x
nie x, main tibai terus buat aje
masalah la budak2 skang nie
aish
yup.
Deletetp jgn salahkan dorg je.
jgn lupa mungkin kita juga menyumbang..
so, why not kita cuba bantu mereka..
=)
Stuju sgt sis! Taktau la.. Skrg bg sy yg agk mnakutkn, bila rmaja over-fashioned mngalahkn org krja.. Tkut sgt. Kes rogol, lari rumah smua ni, ya Allah, mntak2 mana yg blum trlanjur tu bukak mta. Mudah2han jgk kturunan kita tak jdi mcm ni..
ReplyDeletebtul tu AL. jd kita kna la bt something. using our own way. xbanyak sikit.. =)
Delete