kelebihan al-mathurat
Assalamualaikum kawan-kawan blogger dan para pembaca yang mugmerah sayang semua. hari ni mugmerah nak share tentang kelebihan al-mathurat. actually al-mathurat ni bagus pada mugmerah untuk merawat kekusutan jiwa.
al-mathurat ni merupakan wirid dan doa harian yang diamalkan oleh Rasulullah SAW. Baginda merupakan orang yang paling mengetahui betapa besar ganjaran yang diperolehi daripada amalan doa dan wirid yang terkandung dalam al-mathurat ni.
dalam al-mathurat ni mengandungi wirid, doa, zikir dan istighfar yang akan memantapkan jiwa disamping memiliki kelebihan dalam segala aspek kehidupan. mendidik hati agar sentiasa merindui kepada ilahi dan memberi kelapangan hidup dan kesihatan jasmani.
al-mathurat ni kebiasaannya dibaca pada waktu pagi dan petang. ini akan membantu seorang muslim itu mengingati Allah dan masanya tidak berlalu begitu sahaja. bertasbih, beristighfar, bertahmid dan berdoa kepada Allah dengan zikir yang ma'thur iaitu zikir yang berasal daripada baginda Nabi SAW.
Jika sesiapa mengamalkan zikir Al- Ma'thurat ini akan merasakan perbezaannya dengan hari2 yang tidak dimulakan dengan zikir Al- Ma'thurat. Begitulah kekuatan doa2 dan wirid dalam Al- Ma'thurat ini sebagai senjata mukmin...
mugmerah syorkan setiap individu baik sebagai pemimpin dalam rumah tangga, masyarakat dan negara serta para pendakwah hendaklah mengamalkan dan menghayati zikir Al-Ma'thurat dengan membaca zikir2 yang diamalkan oleh Rasulullah ini beerti kita telah membentengi diri kita dengan senjata yg kukuh, sehingga terhindar dari gangguan syaitan yang terkutuk.
tenang je jiwa bila amalkan ma'thurat :)
ReplyDeleteTerima kasih ya sebab kongsikan..:)
ReplyDeletesmoga kita mkin improve dri segi amlm dri hari ke hari
ReplyDelete