Mi segera adalah mi separa masak yang dikeringkan dan dicampur dengan minyak, biasanya dimakan setelah dimasak atau direndam di dalam air panas antara 3 hingga 5 minit. Bungkusan perencah selalunya disertakan di dalam setiap bungkusan mi segera. Mi segera juga boleh dimakan secara mentah kerana mi segera sebenarnya sudah pun dimasak di kilang, biasanya dengan menggoreng.
Mi segera moden dicipta di Jepun oleh usahawan Jepun berketurunan Taiwan, Momofuku Andō (安藤百福), pengasas syarikat Nissin Foods, salah satu pengeluar mi segera terbesar hari ini. Mi keluarannya direbus dengan perencah, digoreng dengan minyak sawit untuk membuang kelembapan, kemudiannya dikeringkan untuk membentuk gumpalan mi. Kaedah pengawetan lain sudah pun dicuba, seperti pengawetan dengan garam dan asap tetapi Andō membuat kesimpulan bahawa minyak sawit adalah yang paling berkesan.
Menurut satu undian Jepun pada tahun 2000, mi segera menjadi ciptaan Jepun paling penting sepanjang abad. Karaoke menduduki tempat kedua, manakala cakera padat hanya menduduki tempat kelima. Setakat tahun 2005, lebih kurang 85 bilion hidangan mi segera dimakan di seluruh dunia setiap tahun. China memakan 44 bilion bungkus mi segera setahun, atau 51% daripada jumlah di seluruh dunia, Indonesia memakan 12 bilion, Jepun 5.4 bilion.
Indeks menjadi setabil sejak Krisis Kewangan Asia Timur, tetapi jualan meningkat sebanyak 15% dalam 7 bulan pertama tahun 2005, yang dianggap sebagai petanda kemelesetan ekonomi. Rakyat tidak mampu membeli makanan yang lebih mahal, sekaligus mendorong kepada peningkatan jualan ramen....
p/s : sedapnya maggi tom yam campur telur..
Assalamualaikum, wow bestnyer mee segera nie nampak lazat la pulak hehehehe.
ReplyDeleteSantai iskandarX
wsalam.. sedap kann? nak2 makan time tengah malam kalau hari hujan.. hehe
Deleteiiissshhhh pandai betul mugmerah nie mengusik jiwa,,, sampai hati sebut makan time malam masa hujan pulak tu isk isk isk, jap nak kira syiling nak beli meggei 6 bungkus, :P
Deleteis dah cukup lom kumpul duit nak beli maggi?
DeleteTengok gambar pun trasa sedap...jap gi nak buat la...terliur tgk.
ReplyDeletehahaha.. buatkan untuk mugmerah 1 tau.. :D
DeleteRakyat Jepun dan korea terlalu kuat dan sibuk bekerja sehingga makan pun cari yg segera sahaja..
ReplyDeleteaah.. kalau kita tgok cerita2 mereka pon.. maggi/ramen ni mcm perkara biasa.. da jadi mcm nasi da bagi kita.. nak2 kalau remaja mereka..
Deletewah baru tahu tentang sejarah mi segera nie.. tak terlintas nak cari selama nie. hehe.. entry ilmu yang bermanfaat nie :)
ReplyDeleteselam ni tau makan je kan? haha
Delete