.:abg nuffnang duk sini:.

Monday, April 16, 2012

kisah cinta "kindergarten"

aku ada satu kisah cinta. kisah cinta dua kanak-kanak. mereka kononnya belajar di 'kindergarten' yg sama.


"kawanku kawanmu jua."


"di situ engkau di sisimu aku."


"sedih engkau aku menyumbang bahu walau gembira engkau aku di lupa."

kisah yang menyayat hati. aku sebagai saksi tidak mampu mengubah keputusan. cuma mampu diam. berfikir. apakah kesudahannya?

"ahh. jodoh bukan aku yang tentukan. ada Yang Lebih Berkuasa yang berhak." lantas aku membela diri. bersalahkah aku?

pada mulanya mereka berdua cuma rakan biasa.

satu hari berkawan.

dua hari berkawan.

tiga hari berkawan.

lama-lama hati terpaut. tapi persoalannya jika pautan itu cuma sebelah. mugkinkah ia bertahan lama? seutuh cinta romeo dan juliet yang sanggup mati kerana cinta.


"alah. cerita cinta dongeng itu lagi yang di ungkit."

 kalau tidak apa lagi? kisah cinta aku sendiri belum berkesudahan. moga cinta itu sampai syurga. amin.

berbalik kepada cerita cinta "kindergarten". malang buat si dia. cintanya tidak bersambut. malang lagi sememangnya tidak berbau. si cinta hati yang ditunggu memilih cinta yang lain. hati kecewa. tapi kerana orang yang aku cinta sedang bahagia. jadi aku redha.

"redha itu ikhlas, pasrah itu menyerah" tiada salahnya pada ayat tersebut.

hari terus berlalu. mencoret lagi kisah cinta mereka. satu hari berganti minggu. berlalu membawa hilaian tawa berdekah, garis-garis senyum bahagia dan tak lupa deraian air mata dek kerana cemburu. kata mereka:

"cemburu itu tandanya sayang"


maka ingin aku bertanya. sejauhmana sayang si dia padamu? bila akhirnya sang cinta hati di tinggal kekasih hati. si dia bersedih. dia yang aku cinta sedang terluka. namun harapan kembali berbunga. mungkinkah ini peluang. peluang aku merebut kembali cinta.

...to be continued..

mugmerah 16.april.2012


0 komen:

Post a Comment

jom kongsi pendapat dengan mugmerah.

.:iklan nuffnang:.