.:abg nuffnang duk sini:.

Thursday, May 12, 2011

sakit jangan sampai melarat...

"...dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu,
sedang ia lebih baik bagimu
dan boleh jadi kamu kasihi,
sesuatu sedang ia melarat kepadamu.
Allah mengetahui tetapi kamu tidak."

(surah al-Baqarah ayat 216)
korang mungkin pernah dengar atau terbaca ayat di atas. maksud dari ayat tu senang je, kita kadang-kadang atau lebih tepat selalu merungut.

"apa yang aku nak xpernah dapat, apa yang aku xnak pula dapat"


tak bersyukurnya kita padahal sebenarnya tanpa kita sedar kita secara tidak langsung kita tidak percaya kepada ketentuan. ketentuan yang telah tuhan tetapkan untuk kita.


saat kita kecewa terutamanya. kita ditinggal kekasih hati. atau orang yang kita puja-puja jadi hak orang. kita menangis. malah mengasingkan diri. lebih malang ada yang sanggup mati. aku sendiri pernah deman kerana kecewa. bodohkah aku? pada aku tidak kerana aku juga manusia biasa. cuma aku wajib percaya

"tuhan tidak jadikan dia untuk aku bersebab. tuhan minta aku bersabar. Dia sayangkan aku. Dia telah siapkan yang lebih baik untuk aku."


aku kecewa. rasa rendah diri. tapi tak lama. aku bangkit. kenapa aku kena sedih sedang dia sedang bahagia.

"jadi orang jangan bodoh sangat boleh tak?"


tanya aku pada diri sendiri. korang pula? tak perlu lah jadi bodoh atas sebab yang bodoh. ada yang bunuh diri hanya kerana kecewa. hei3. kamon la. kumbang bukan sekuntum, bunga bukan seekor laaa... bunga ada bertaman2.


jadi tak perlu lah kita tamak, sampai ada yang sanggup pakai bomoh segala untuk hanya dapatkan apa yang dia nak. cukuplah sekadar berserah pada Tuhan. berdoa agar di pertemukan dengan yang lebih baik. di pertemukan dengan yang memahami. kerana sesungguhnya

"...Allah mengetahui tetapi kamu tidak"

yang sakit tu xperlu dilupakan. tapi yang sakit tu perlu dijadikan penawar. untuk mulakan hidup yang lebih baik.

1 comment:

  1. tgk gmba bnuh dri tetibe trengt k vdo ni..tgk ah..nice..:)

    http://www.youtube.com/watch?v=-C3i_QcIUI4&feature=player_embedded#at=14

    ReplyDelete

jom kongsi pendapat dengan mugmerah.

.:iklan nuffnang:.