.:abg nuffnang duk sini:.

Friday, May 27, 2011

saya rasa bersalah kerana menemukan mereka...

setahun atau lebih tepat hampir dua tahun yang lepas. aku menemukan mereka berdua. atau mereka berjumpa kerana aku. tp mugkin juga cuma aku yang berfikiran begitu sedangkan telah di takdirkan Tuhan mereka ditemukan dan berkasihan. tapi bila semua ini berlaku aku rasa bersalah. bahagia mereka di hadapan aku. tangis mereka bersama aku. tapi siapa aku, manusia biasa untuk menghalang sesuatu daripada terjadi. sedang saat tuhan berkata 'jadi' maka 'jadilah'.


mengenang itu aku sedih. memang benar. setiap yang datang pasti akan pergi. yang bertemu pasti akan berpisah. dan. setiap yang setiap yang hidup pasti akan mati. jika itu sudah satu suratan. sepatutnya tidak perlulah kita menangis bersedih lagi. walau sudah fitrah. setiap kesedihan itu tidak asing jika bersama tangisan.


namun jauh di sudut hati aku. aku tetap rasa bersalah. dulu aku pernah terdengar mereka berkata. hati ibarat kaca. jika pecah mungkin boleh dicantum kembali. tapi rekahan itu tetap akan ada.

kepada awak. semoga awak tabah. awak kena ingat pesan saya. yang patah pasti akan tumbuh. yang hilang pasti akan berganti. saya akan doakan yang tumbuh berganti itu akan lebih baik dari yang patah hilang. dan awak jangan lupa. pahit itu sebenarnya penawar. hiduplah dengan senyuman walaupun ianya sukar.

2 comments:

  1. jangan menyesali apa yg terjadi... setiap kejadian adalah ketentuanNya... mungkin ada hikmah disebali...

    ReplyDelete
  2. betul.. setiap kejadian ada hikmah.. :) thanx a lot..

    ReplyDelete

jom kongsi pendapat dengan mugmerah.

.:iklan nuffnang:.