.:abg nuffnang duk sini:.

Sunday, May 15, 2011

disebalik lakaran indah sang pelangi..

bukan aku tak mahu bersama mereka. tapi aku merajuk hati dengan mereka. aku segan dengan mereka. aku tahu tidak sepatutnya untuk aku terasa. aku perlu profesional. tapi aku juga manusia biasa. bukan aku melarikan diri. bukan sengaja aku ingin pergi. tapi aku punya sebab yang tidak mampu aku ungkapkan. aku harap mereka mengerti. walau dalam harapan aku. tetap terselit sedikit sindiran. pedih sekali.

aku sedih memikirkan mereka. mereka satu keluarga. mereka seolah sering bersama. dan sememangnya layaknya sebuah keluarga itu gembiranya bersama. menangisnya bersama. saling menyokong. saling bersandar. tetapi sebenarnya tidak. mereka masing-masing ibarat duri. duri dalam daging sendiri. saling menghiris. walau masih ada yang cuba menjadi penawar.

semusin aku bersama keluarga mereka. aku memerhati. memerhati keakraban mereka. sungguh aku seoronok pada awalnya. aku gembira. malah kadang aku tak sabar untuk berkumpul dan saat berkumpul ibarat tak terasa waktu berjalan. melihat keindahan jalinan warna-warna ceria.
tapi aku juga memerhati perpecahan mereka. aku sedih. bukan ini yang aku ingin. perpecahan. bila aku sedar. mereka saling menghiris. aku takut. aku takut aku juga terhiris. lalu aku meminta diri. walau aku sedar aku bukanlah memberi erti dalam keluarga kecil itu. namun. bila aku lihat warna-warna kelabu malah ada yang hitam. aku kecawa. dalam diam hati kecil aku menangis.

aku tak mampu berkata pada mereka. aku tak mampu mengajak mereka berbicara. aku tak sekuat yang aku sangka bila aku berhadapan dengan mereka. dan aku sedar. aku cuma ibarat sisa debu kopi didalam cawan. tidak bermakna. dan saat aku melihat ada di kalangan yang saling meludah. aku cuba mengelak. takut terkena ludah. walau kadang aku terasa seolah aku terkena tempiasannya. sungguh busuk sekali ludah itu. lantas aku berfikir. menjauhkan lebih baik dari aku terusan membersihkan tempiasan ludah itu. buat apa aku membazir air?


kepada mereka. aku sayang keluarga kita. keluarga kita yang ibarat pelangi. tapi pada hakikatnya tak secantik pelangi. kawan-kawan. kenapa kita mesti memudarkan warna pelangi itu. kenapa kita biarkan awan mendung menutup keindahan kita? kenapa tidak kita sama-sama bergembira di bawah keindahan lakaran pelangi yang berwarna.

kepada yang memahami aku mohon seribu maaf. aku tahu kamu bukan menyindir. tetapi aku terasa disindir. walau kadang aku termanggu. berfikir. apa salah aku? aku cuma ingin merasa sedikit kasih keluarga itu.



bersama tangisan aku memohon. kembalikan warna warni pelangi kita.

walau aku pasti pergi aku tidak kembali.

10 comments:

  1. sedih. aku pun mengharapkan sinar pelangi itu kembali dalam hidup aku. :(

    ReplyDelete
  2. kak ain : asyik sama je kita ni.. hi3.. xpe.. kita kena kuat.. :)

    ReplyDelete
  3. cimot : pelangi awk pon turut diseliputi awan kelabu?

    ReplyDelete
  4. agak lah. saya pun xpaham ngan hidop saya sndiri. haha.

    ReplyDelete
  5. rintihanmu kurasa seperti pudar warnanya tatkala aku masih mencari puncanya.

    namun aku masih terasa saat kata-kata disusun indah dan melepaskan suatu yang berat.

    ReplyDelete
  6. gost write: sudah ditemui punca pudarnya warna itu?

    ReplyDelete

jom kongsi pendapat dengan mugmerah.

.:iklan nuffnang:.