kebelakangan ni aku rasa memory otak aku dah makin perlahan. mungkin ke sebab aku termakan banyak sangat semut tanpa disedari lantas hantu-hantu semut itu mula mengganggu proses mengingat aku. seramnya.
kerana kebimbangan akan dilanda penyakit nyanyuk sebelum mencecah usia 30, aku telah mengambil inisiatif mudah dengan mencari petua-petua untuk meningkatkan daya ingatan melalui makanan. sebab makanan adalah benda yang paling menarik pada aku yang suka makan tapi tak nak gemuk-gemuk ni. jom kita baca.
#1 Madu
madu bukan sebarang madu. bukan madu dua, tiga atau empat. kalau aku tau teddy simpan madu siap dia. aku selam dia dalam lautan madu. hihi. mengarut lagi. ok, madu ni seperti yang kita ketahui madu ni ada pelbagai khasiat. dengan pelbagai jenis vitamin dan mineral terutamanya madu asli. madu ni bukan sahaja berkesan meningkatkan daya ingatan, malah mampu merawat penyakit mental dan boleh mengurangkan kepenatan otak yang sibuk bekerja, berfikir dan sebagainya.
#2 Kismis
buah yang satu ni semua dah sedia maklum, kalau ada anak-anak yang nak exam biasa mak ayah akan belikan kismis ni. kismis ni mampu membekalkan oksigen ke otak kita. kekurangan oksigen dalam otak akan menyebabkan kita mudah penat dan mengantuk. kalau rasa asyik menguap tu mungkin tanda-tanda otak kekurangan oksigen la. jadi makan la kismis. bagus untuk otak. kalau nak variasi, boleh masukkan dalam makanan, macam dalam kek, puding roti, nasi minyak. macam-macam la. aku pernah makan kismis dalam sambal belacan. sedap woo.
#3 Telur
aku selalu makan telur, letak dalam maggi. sedapnya cakap pasal makanan time puasa macam ni kan? hehe. telur ni sebenarnya makanan yang berkhasiat dan mampu menambah daya kekuatan otak kerana mengandungi khasiat lengkap seperti protien, mineral, vitamin dan macam-macam la. terutamanya telur kuning yang mampu menangani masalah lemah tenaga fizikal dan minda. makan yang fresh tau, kalau boleh ayam kampung.
#4 kekacang
makanan jenis kekacang ni baik untuk daya ingatan juga. macam kacang soya, kacang pistachio, kacang merah dan macam-macam jenis kacang lagi la. kacang mengandungi kandungan protien yang tinggi dan bagus terutamanya untuk kanak-kanak. kalau korang perasan masyarakat cina suka makan tauhu yang diperbuat dari kacang soya. jadi belajar la makan makanan berasaskan kacang. insyaAllah.
aku rasa cukup la dulu 4 kan? kalau nak nanti aku buat entry lain kalau ada masa. hehe. orang cakap jangan tamak sangat cari petua. nanti tak terbuat.
hehehee...tq atas tips yang berguna :-) telur kalau diletak dalam maggi memang sedapkan?
ReplyDeleteaah. sedapp sgt. haha. :)
Deletetelur gorreng 1!
Deletewww.iklan-1m.com
Pengambilan habbatus sauda boleh kuatkan ingatan kita..
ReplyDeletehttp://www.muslimchoices.com/?p=minsyam_habbatus_sauda