dah lama betul aku tak update blog aku ni. dah lebih sebulan kot. hehe. normal ke kalau umur makin meningkat, kerja makin bertambah. nak spend masa untuk luahkan perasaan pon xsempat. huhu. sedihnya. aku nak mengarang pon dah rasa kekok. ayat pon rasa dah mcm tunggang langgang. erk! patutkah aku terus bersara dari dunia menulis ni? tapi sayang pulak kan. bukan senang nak hidupkan mugmerah ni. dah dekat 4 tahun kalau xsilap aku.
sekarang ni aku sedang berkampung di SMK Sri Gunung, Bachok, Kelantan. meninggalkan keselesaan dan kedamaian bercuti semester dirumah. aku terperap dan terperangkap dalam dunia sekolah yang penuh hilai tawa sang pelajar yang bersuka ria, keluh kesah sang murid yang akan menghadapi peperiksaan, dan tak lari juga desas desus mulut-mulut manusia. Nauzubillah, semoga aku dijauhkan dari umpat keji dan sebarang ketidakpuasan hati manusia.
jadi kita kena la buat yang terbaik pada kita. tapi jangan pulak sampai pentingkan diri sendiri. kita kena ingat kita hidup bermasyarakat. hidup kita membawa nama dan maruah. bukan sahaja maruah diri kita, tapi juga maruah ibu bapa kita, tempat kita belajar, negara kita, bangsa kita, dan yang penting agama kita. kalau buruk perangai kita, bukan sahaja nama kita yang terjejas. tapi juga nama-nama yang berkait dengan kita.
"jagalah maruah anda selagi mampu"
menjalankan tugas sebagai guru praktikal memang banyak dugaaan. insyaAllah jika berkesempatan aku akan kongsi pengalaman aku semasa berasa disekolah dan menggalas tanggungjawab sebagai guru praktikal.
setakat ni dulu aku menulis. nak kena buat report. hihi.
skema pulak aku rasa entry ni. adoi!
0 komen:
Post a Comment
jom kongsi pendapat dengan mugmerah.