.:abg nuffnang duk sini:.

Thursday, May 30, 2013

bahaya kekurangan kalsium dalam badan

Assalamualaikum lovely readers.

a few days ago. cewahhh, ber'speaking' lak kita. hihi. ok. dua tiga hari lepas aku ada buat body measurement kt booth Herbalife. then aku dpt tahu badan aku kekurangan beberapa benda.

1. berat. (yang tak dapat disangkal lagi.)
2. kandungan lemak untuk melindungi organ2 seperti jantung.
3. kalsium untuk kesihatan tulang. (amboih teruknya BM aku, tiru ayat matluthfi jap.hehe)

jadi, selepas aku menganalisa keputusan yang diberikan, aku pon membuat keputusan bahawa berat dan kandungan lemak boleh ditambah dengan memakan makanan. tapi bagaimana pula dengan kandungan kalsium? sebab bila dipikir dan dipikir kalsium mesti ingat susu lembu serta susu kambing.


jadi masalah di zaman moden ini dapat diselesaikan menggunakan google. hehe. dan hasil 'google'lan aku. aku telah temui perkara-perkara dibawah.

kesan kekurangan kalsium dalam badan

  • Mudah mengalami kekejangan otot atau semut-semut 
  • Sukar tidur (Insomnia)
  • Usus menjadi lemah dan sering sembelit
  • Sakit pinggang dan kaki
  • Cepat naik angin dan mudah terkejut
  • Luka susah sembuh, darah lambat beku
  • Oleh kerana kekurangan kalsium menyebabkan tisu kolagen sukar terbentuk, ia juga akan mengakibatkan masalah sakit sendi
  • Menurunkan kadar metabolisme
  • Meningkatkan risiko penyakit tekanan darah tinggi dan penyakit jantung
  • Lemah, tidak berdaya dan cepat letih
  • Rambut gugur bagi ibu-ibu selepas bersalin 
  • kalau ibu mengandung yang kekurangan kalsium sangat bahaya. 

jika dianalisis kesan-kesan kat atas tu. memang sebahagiannya aku sering alami. kecuali yang last. hehe. jadi macam mana nak dapatkan kalsium ni sebab badan kita tak mampu nak hasilkan kalsium sendiri. jadi kita memerlukan makanan yang boleh membekalkan kalsium. antaranya;

  • produk tenusu seperti keju, susu dan yogurt.
  • sayur yang berwarna hijau terang seperti brokoli.
  • ikan yang ada tulang lembut seperti sardin dan salmon dalam tin. ada yang aku jumpa sarankan makan tulang sardin tu yang penting. 
  • Calcium-fortified foods seperti produk soya seperti tauhu, careal dan jus2 buah.
disedut dari : mayoclinic.com

disebabkan itu. aku serta kalian yang kekurangan kalsium boleh la mula mengamalkan pengambilan makanan diatas. selain tu ada juga supliment kalsium yang boleh di beli dari farmasi. kalau nak tahu pergi tanya pharmacist sendiri k. hehe. 

jom like dan share untuk perkongsian bersama.


7 comments:

  1. Salam echah. Jiha pun perlu ambil kalsium banyak. Dah keluar pun simptom-simptom tu. Jaga kesihatan sebelum sakit. Studioous.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam. kena la jaga kan. skrg baru umur 2+, dah sakit2. nnti dah tua xtau la kan.

      Delete
  2. ye betul tu! saya ada blajar gak dalam subjek Bio!!

    ReplyDelete
  3. Salam perkenalan...erm...maafkan kami sebab kami nak perbetulkan kenyataan yang salah dalam entri echah ni..ayat "sayur yang berwarna hijau terang seperti brokoli" adalah salah...
    Kalau echah nak tahu, brokoli dan sayur hijau yang lain tak ada kalsium, sebab sayur cuma ada klorofil, sebab tu warna dia hijau..banyak lagi penerangan yang boleh echah baca dalam link kami ni
    http://infoaday.blogspot.com/2011/10/kerap-hamil-jejas-tulang.html

    Lepas tu boleh juga lawat link-link yang berkaitan seperti:
    http://infoaday.blogspot.com/2013/04/keperluan-iodin-ketika-hamil.html
    http://infoaday.blogspot.com/2013/04/dha-penting-untuk-perkembangan-bayi.html

    ReplyDelete

jom kongsi pendapat dengan mugmerah.

.:iklan nuffnang:.