'gila ke mugmerah ni?' , mesti korang cakap mcm tu kan? ok, aku tahu korang baik.
haha (gelak jap), actually hidup kita akan lebih bermakna jika kita ada masalah, masalah akan menjadikan kita lebih matang dan berhati-hati. berhati-hati untuk terus hidup dalam kesenangan. kesenangan pula membuatkan kita tidak berhati-hati. kita akan lupa semua benda yang kita tahu hanya 'enjoy'. yes, enjoy xsalah, tapi enjoy ada masanya. kalau korang orang Islam, sentiasalah mengingati mati. bila kita mengingati mati, inshaAllah kita dengan sendirinya akan terhalang dari terus melakukan kerosakan pada diri sendiri. kenapa pada diri sendiri? sebab setiap salah yang kita buat, kita telah membuat aniaya pada diri kita sendiri bukan sekadar orang lain.
bila kita lihat seseorang yang berjalan tempang, jangan kita judge dia, menilai dengan dia yang berjalan tempang, dia tidak mampu berjaya dalam hidup, pernah ke kita terfikir, kerana tempang itulah dia menjadi lebih berjaya daripada kita. setiap orang yang gagal dan berusaha kembali pada aku adalah orang yang sangat berjaya. dia berjaya melawan masa lampau sendiri yang pedih. xsemua mampu.
sekarang aku ada masalah, masalah yang aku xmampu nak cerita pada sesiapapun. aku fikir, mungkin badan aku akan meletup sebab menanggung masalah ni seorang diri. sehinggakan aku lupa, aku xpernah sendirian. setiap saat aku boleh mengadu pada Allah. dan aku yakin Allah itu maha memahami. masalah ini datang sebagai tanda kasih sang pencipta kepada hambanya. tanpa ujian ini mungkin aku akan lebih leka diulit mimpi indah dunia. Nauzubillah.
p/s : maafkan diri ini andai tersalah laku, terlancar bicara, aku nak selitkan nota yang aku kutip dari buku 'Tika Bidadari Berbisik' karya Siti Farrah Shahwir dan Noraini Ismail.
Jangan mencela jika tidak sukasumber gambar : gambar 1, gambar 2.
Jangan mencaci apabila benci
Jangan menyakiti jika disakiti
Jangan menghancur apabila harus dipelihara..
0 komen:
Post a Comment
jom kongsi pendapat dengan mugmerah.