.:abg nuffnang duk sini:.

Tuesday, September 20, 2011

kadang-kadang sakit tu bagus..

kadang kita terkenang sesuatu. kita rasa seolah2 menyesal. seolah2 kita dah pilih jalan yang salah sebelum ni. bila kita tgok balik ke belakang. kita fikir. kenapa benda ni kena jadi mcm ni. kenapa dulu aku x bt mcm ni?

kadang terlalu banyak persoalan tentang kehidupan. tentang masa depan. malah masa lalu. menghantui kita. kadang2 kita rasa bersalah tanpa kita tahu punca. hati tiba2 rasa sakit. unbearable. hurt a lots. kita rasa mcm dah lemas dlm dunia yang kita cipta. yang kita lorek. yang kita lakar. yang kita rancang sendiri corak serta jalannya.


kadang bila fikir2 sedalam mungkin. kita terasa seperti ingin menangis terduduk. ingin mengalirkan air mata tanpa suara. segan pada mata yang mengintai kelemahan kita. kegagalan kita. sedang mereka juga mungkin seperti kita atau mungkin lebih teruk. sebab. mereka juga manusia. seperti kita. 

jika menangis itu boleh menjadi ubat. mengurangkan rasa sesak dalam dada. menangislah. kalau segan pada sang mata yang ibarat duri. menangislah sendirian. menghadap Yang Maha Memahami. Yang Maha Mendengar. menangislah. kerana aku tahu. menangis itu sebenarnya penawar kepada setiap kegagalan. 


jadikan air mata yang menitis itu sumber yang dapat menghapus kegagalan. membersihkan penyesalan. dan bangkit. sejarah tak perlu di lupakan. tapi ingat. jangan di ulang sejarah yang pahit. kerana jatuh terduduk untuk kali kedua pastinya sangat menyakitkan.

kenapa aku menulis seolah2 aku sedang kecewa? adakah aku sedang kecewa? mungkin tidak. mungkin juga benar. susah untuk aku sendiri mengerti.


0 komen:

Post a Comment

jom kongsi pendapat dengan mugmerah.

.:iklan nuffnang:.