Bila aku cakap pasal masalah. Korang mungkin teringat masalah yang baru korang hadapi. Korang mungkin teringat masalah lama yang belum selesai. Dan mungkin korang terfikir tentang masalah yang bakal korang hadapi. Sebenarnya pada aku masalah tak perlu kita risaukan kerana ia adalah lumrah kehidupan.
Setiap orang ada masalah.
Sama ada dengan diri sendiri.
Dengan keluarga. Saudara mara.
Kawan-kawan.
Malah ada juga dengan orang yang langsung tidak kita kenali.
Setiap orang mengalami masalah yang hampir atau lebih kurang sama. Yang berbeza Cuma bagaimana mereka memandang masalah tersebut dan mencari jalan penyelesaian.
Mcm la setiap kali kita makan kita akan dapat rasa mcm2 rasa.
Masam.
Manis.
Pedas.
Masam.
pahit.
Jadi begitu juga dengan kehidupan. Masalah sebenarnya salah satu dari perisa yang pelbagai. Cuba bayangkan seorang manusia yang hidupnya biasa sahaja. Tiada masalah.
Bosannya.
Sekurang-kurangnya masalah itu akan memberi pengajaran kepada kita.
Teringat aku pada kata orang tua.
“Setiap yang buruk itu pasti ada baiknya.”
Jadi begitu juga dengan masalah. Seburuk-buruk masalah. Atau sepahit manapun cabaran itu. Pasti ada hikmah serta pengajaran disebaliknya.
Jadi kata aku
“jadikan masalah itu sebagai satu peluang. Jangan gelabah. Selesaikan dengan tenang.”
Satiap masalah itu pasti akan selesai. Cuma ia memerlukan sedikit usaha. Jalan penyelesaian. Mungkin formula atau petua. Serta masa. Mungkin lama. Mungkin sekejap. Tapi kita tetap harus bersyukur.
0 komen:
Post a Comment
jom kongsi pendapat dengan mugmerah.