.:abg nuffnang duk sini:.

Saturday, June 25, 2011

kisah sang keldai

mesti korang masih teringat cerita nasihat ketika kita kanak-kanak dulu. antara yang aku teringat ialah kisah seorang bapa dengan anaknya serta seekor keldai.

mcm ni cerita dia. pada suatu ketika dahulu. terdapat suatu kisah dimana seorang lelaki bersama anaknya membawa seekor keldai ke pasar.

di tengah jalan, beberapa orang melihat mereka dan menyindir,

"lihatlah orang itu, bodohnya mereka, ada keldai tidak ditunggang. dibiarkan sahaja keldai itu tidak membawa apa-apa".

kedua anak dan bapa itu terdengar sindiran tersebut. lalu si bapa terus menyuruh anaknya naik ke atas keldai tersebut.

tiba-tiba mereka melintasi seorang wanita tua. wanita tersebut melihat mereka dan berkata,

"alahai sudah terbalikkah dunia ini? anak itu sungguh tidak berperasaan. sanggup dia duduk selesa di atas keldai, sedang ayahnya yang tua dibiarkan berjalan!"

kali ini si anak turun dari belakang keldai itu dan meminta ayahnya naik. mereka meneruskan perjalanan. beberapa detik kemudia mereka berjumpa dengan seorang perempuan muda. perempuan muda itu berkata.

"mengapa tidak kalian berdua bersama-sama menaiki keldai itu?"

maka tanpa berfikir panjang, mereka menuruti nasihat perempuan itu. si anak naik kembali keatas keldai dan mereka berdua sama-sama menunggang keldai itu. tidak lama kemudian, mereka terserempak dengan sekumpulan orang dan mereka berkata,

"kesian... binatang malang. ia menanggung beban dua orang gemuk yang tidak berguna. manusia memang kejam"

sampai saat ini, si ayah dan anaknya sudah muak. mereka sepakat untuk memikul keldai tersebut. melihat keadaan tersebut. mereka bersorak dan berkata.

"lihat manusia bodoh sedang memikul keldai yang bodoh."

moral dari cerita ini ialah, kita sebenarnya harus akur pada kehidupan. di mana dalam hiddup kita. amatlah sukar dan mustahil bagi kita untuk memuaskan hati semua. kadang-kadang kita sudah melakukan yang betul. tetapi tidak semua mata yang memandang mengangap ianya betul.

pada pandangan aku. bagi keadaan ini. sebagai manusia yang dikurniakan akal fikiran untuk berfikir. buatlah keputusan sendiri. menggunakan logik sendiri. jika salah pada kita. jangan peduli kata orang. salahlah ia. jika benar teruskan.

"tepuk dada tanya iman. jangan tanya pada hati. kata orang. ikut hati mati. ikut akal kita kekal"



3 comments:

  1. I just added your website on my blogroll. Really enjoyed reading through. Excellent information!

    ReplyDelete
  2. Really great article with very interesting information. You might want to follow up to this topic!?! 2011

    ReplyDelete
  3. salam Ramadhan, Ajeyy ziarah sini yerr..
    kat bawah ni ada sikit entry dari Ajeyy, mintak pandangan dari semua yaa.. :)

    http://ajeyyrawk.blogspot.com/2011/07/exam-pmr-penting-juga-sebenarnya-dalam.html


    http://ajeyyrawk.blogspot.com/2011/07/hantu-bergambar-di-sebelah-ahmoi.html


    p/s : Selamat hari raya, maaf zahir dan batin . 0-0 :))

    ReplyDelete

jom kongsi pendapat dengan mugmerah.

.:iklan nuffnang:.