.:abg nuffnang duk sini:.

Sunday, January 6, 2013

kahwin? aku bila lagi?

umur dah menginjak ke 22. satu persatu kawan aku mula ke alam perkahwinan. setakat ni 3 dah sah. bulan dua ni InshaAllah lagi satu. btw, tahniah kepada kawan2 aku yang dah dan bakal bergelar isteri. opss! baru perasan. semua 3 yang dah kawin dan lagi 1 yang bakal kawin, semuanya perempuan. Alhamdulillah. jodoh untuk perempuan ni cepat datang. yang ke 4 ni special sikit sebab kawan kelas aku. dari 23 orang dari kelas aku. nampaknya beliau jadi yang pertama. Tahniah special la untuk dia. XD


aku bila lagi? inshaAllah kalau ada rezeki Tuhan nak bagi, bila-bila masa pon boleh. cepat dengan lambat je. kan? hik3. best pulak cakap sal kawin-kawin ni. heheh!

aku ingat dulu msa aku tingkatan 4, aku pernah tanya kakak si penjaga makmal sekolah, macam mana boleh wujud perasaan cinta hingga boleh kawin dan ada anak? mungkin atau memang masa tu aku tak rasa apa-apa pasal nikah kawin ni. tengok orang bercinta memang la ada jugak perasaan nak ada kekasih tu. tapi dengan sape? aku ni pemalu. hik3. dush!


tp tu dulu la. sekarang kan dah ada en. Teddy. InshaAllah, kalau di izinkanNya. sampai jodoh sampai masa kawin la kami. kalau tuhan dah takdirkan jodoh aku bukan dengan en. Teddy, apa daya aku untuk melawan. setiap yang berlaku mesti ada sebabnya. terima je la seadanya. :)

masa tu aku ingat kakak tu jawab. "bila masa berlalu, awak akan faham la semua tu." and memang betul. bila masa berlalu baru aku faham. dulu konpius je memanjang. haha. sekarang Alhamdulillah dah terbuka sikit minda. perasaan tu datang perlahan-lahan. kalau dulu tengok orang nak kekasih kita nak jugak, sekarang tengok sorg2 dah mula kawin, perasaan tu pon wujud jugak. maklumla umur da meningkat. kalau ikut buku, aku ni dah masuk alam dewasa da. dewasa? bersedia dah ke? huk3


ijazah ada lagi baki 3 semester. aku kena pejamkan mata, ketepikan soal nak berseronok. yang penting aku dapat grad dan dapat jadi cikgu yang berkualiti.

8 comments:

  1. muda lagi ni.. baru 22..hehe.. akak ni dah 25 kot..haha scary betollah bila dah masuk 25 ni..hehe.. btw tahniah utuk kawan awak tu.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. inshaAllah. sampai masa kawin la tu. mugmerah nak kena habis belajar dulu. XD

      Delete
  2. Replies
    1. hahaha. nanti kalau jadi mugmerah jemput cik lady eh. :D

      Delete
  3. zizie dh serik.. so, zizie just tunggu mr. right jela.. now focus on my own life & study :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. knp? putus cinta ea? thats better. nnti sampai masanya jumpa la jodoh sbnr tu. XD

      Delete
  4. dah putus??. kalau ya, tak apa.. nanti ada yg lagi baik datang dalam hidup awak

    ReplyDelete
    Replies
    1. xlah. cuma xnak bergantung 100%. nnti kalau jadi pape xde la kecewa sgt.. XD

      Delete

jom kongsi pendapat dengan mugmerah.

.:iklan nuffnang:.