.:abg nuffnang duk sini:.

Wednesday, January 9, 2013

tempat menarik di Besut, Terengganu. (bahagian 1)

Assalamualaikum.

aku ni nama je orang Terengganu. tapi xpernah nak promote pelancongan negeri aku sendiri. besut, satu daerah paling hujung dalam negeri Terengganu. dalam daeran ni aku dilahirkan dan membesar. dulu msa menetap kat sini, tak sedar, betapa menariknya daerah aku ni. bukan setakat bahasa yang kami guna. malahan masyarakat kami dan tempat-tempat menarik di daerah ni. bila duduk jauh ni, baru tahu. menariknya tempat aku.

besut. terletak betul-betul di sempadan negeri Kelantan.

seperti yang kita ketahui, negeri terengganu terletak di sepanjang pantai dan kira-kira 225 bermula dari daerah besut hingga kemaman. cewahh. ayat mcm karangan BM plak. hihi. di daerah besut beberapa pantai yang terkenal antaranya pantai bukit keluang dan pantai air tawar. selain dari pulau-pulau seperti pulau perhentian. 

masyarakat besut menggunakan dialek kelantan dalam percakapan seharian walaupun berada dalam negeri terengganu. jadi sebab tu ramai yang ingat aku ni orang kelantan walaupun sebenarnya aku asalnya orang terengganu. jertih merupakan pusat bandar bagi daerah ni. dan kampung raja sebagai pusat pentadbiran. pejabat-pejabat daerah banyak terletak di kampung raja, manakala jertih kekal sebagai pusat tumpuan para peniaga.

di kuala besut pula terdapat jeti untuk ke pulau perhentian, serta pantai-pantai yang indah. jom kita tengok gambar yang berjaya aku google. hehe

Masjid Hadhari Jertih

Masjid Kayu Seberang Jertih

Lata Tembakah

Lata Belatan

La Hot Spring (nmpak berasap sbb wap air panas, best pergi musin sejuk)

sambutan hari Kemerdekaan di bandar jetih pada tahun lepas.

kalau korang nak tahu, ni baru beberapa tempat di kawasan sekitar jertih. belum lagi masuk bahagian pantai. kalau nak tahu. jom la datang ke daerah kami.

p/s : kalau tersilap info sila la tegur. aku pon manusia biasa. tak lari dari bt silap. :)


2 comments:

  1. salam...jolo ko demo nie ore jerteh??? pembetulan skit, masjid kayu tu bkn kt kg padang luas, tp kt kg seberang jerteh.umoh kawe ctu jah wehhh...masjid padang luas, masjid padang luas la...berat demo weh wi info saloh ko ore lain...demo nie bkn asal ore jerteh klu lagu nie gak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam. ops. sorry3. terlepas pandang. saya orang jerteh. mungkin mmg kelemahan saya susah nak ingat nama tempat. memang selalu tertukar dua tempat tu. huhu. maaf warga jerteh. saya dah betulkan dah. :)

      Delete

jom kongsi pendapat dengan mugmerah.

.:iklan nuffnang:.