.:abg nuffnang duk sini:.

Thursday, May 15, 2014

free domain vs [dot]com

Assalamualaikum readers,

korang perasan tak aku ni makin liat nak update blog aku ni? mesti tak perasan kan sebab korang pon dah mula lupa yang aku ni buat blog. malu pulak kadang-kadang bila ada orang yang duk sebut-sebut mugmerah depan aku, tapi aku sendiri dah abaikan dia. hehe


aku pon tak tahu la apa penyakit yang aku kena sampai aku malas sangat nak update benda ni. sayang tu sayang sangat. nak-nak lagi bila domain aku buat hal. haa, ni lagi satu, mesti korang tak perasan jugak. mugmerah ni dah jadi mugmerah.blogspot.com balik selepas 2 tahun dia jadi mugmerah.com.

malu eh jadi [dot]blogspot? tak pon. sebenarnya lagi bagus, sebab tak payah tiap-tiap tahun nak renew domain, dari pengalaman aku sendiri dah guna dua-dua, domain berbayar dan sekarang balik kepada blogspot, atau domain free balik, sebenarnya tak ada masalah pon domain free ni, malah lagi simple dan tak membebankan. aku still boleh buat entry macam biasa, cuma grand dia dah kurang la kot. hehehe

ada jugak orang yang tanya aku pasal nak pasang domain berbayar aka [dot]com, [dot] net semua tu, aku cakap ok la, sebab bunyi sedap dan nama web site kita akan jadi lebih pendek dan singkat dan memudahkan orang untuk ingat. but, aside from that, tak ada kurangnya domain free ni. cuma dia bunyi macam free, panjang dan susah nak ingat je.

kalau korang nak tahu beza free site dengan domain try la guna dua-dua macam aku ni, baru tahu, tapi bila aku tengok site-site macam kak namee roslan, cik epal, kak fatin yang guna free domain, boleh je dorang naik jadi hebat tak perlu nak bayar-bayar tiap awal tahun macam aku sebelum-sebelum ni.

p/s : nasib jugak nuffnang ada bagi income, dapat jugak cover duit bayar domain. kihkihkih

0 komen:

Post a Comment

jom kongsi pendapat dengan mugmerah.

.:iklan nuffnang:.