.:abg nuffnang duk sini:.

Thursday, May 9, 2013

DIGI tawarkan smartphone hanya RM50

Assalamualaikum..

baru-baru ni DIGI menawarkan smartphone Alcatel One Touch Glory 2S pada harga hanya RM50 yang boleh dibeli menggunakan pakej komunikasi belia AKA rebat smartphone RM200. jadi bagi mereka yang belum guna rebat dan mahukan smartphone yang pada aku kualitinya agak bagus bolehlah guna pakej yang ditawarkan oleh DIGI ni.

kalau nak tahu boleh la rujuk page DIGI ikut link ni. 


apa yang menariknya dengan alcatel smartphone ni?

pada aku berbaloi untuk banyar RM50 dengan menggunakan rebat RM200 bawah pakej komunikasi belia. dengan hanya RM50 korang boleh dapat smartphone, dan pada aku alcatel one touch glory 2 ni boleh nak dikatakan setaraf dengan samsung galaxy Y. dan kalau dari segi fizikalnya saiz hp ni lebih kurang samsung ACE. 

dan yang penting alcatel ni bleh support android. jadi boleh la install wechat, wassup, viber, dll. 


untuk lokasi kedai DIGI berdekatan boleh ikut link ini. 

Wednesday, May 8, 2013

teknik menghilangkan gemuruh

Assalamualaikum.

ramai dikalangan kita yang secara automatik akan menjadi gemuruh bila berhadapan dengan situasi perlu bercakap dikhalayak ramai. sebagai contoh memberi ucapan, membuat perbentangan, mengajar dan meluahkan pendapat di khalayak ramai. tidak dapat dinafikan, ini merupakan salah satu punca kegagalan para graduan muda untuk mendapat pekerjaan.


jadi dalam artikel ini, aku ingin berkongsi serba sedikit teknik-teknik yang aku jalankan sendiri untuk menghilangkan gemuruh. memandangkan aku adalah bakal guru. jadi aku sendiri mempraktikkan teknik-teknik ni dalam hidup aku. hidup ke? dlm aktiviti pengajaran aku la.

#1 faham apa yang ingin disampaikan.
kebanyakan dari kita tidak tahu apa yang ingin disampaikan. keadaan ini menyebabkan kita tidak yakin dengan pendapat kita sendiri kerana kekurangan fakta dan pemahaman yang kukuh. untuk menyampaikan isi pembentangan contohnya, kuasai terlebih dahulu kandungan yang ingin disampaikan sekurang-kurangnya 90%. faham apa yang kita hendak sampaikan untuk memastikan kita tidak mudah mati kutu semasa berhujah.

#2 fokus mata.
kenapa aku tekankan fokus mata? kebiasaannya semasa sedang membuat perbentangan, bagi diri aku sendiri, jika aku tidak mengawal mata aku, sebagai contoh memandang audience secara keseluruhan, bukan fokus kepada seseorang individu atau kumpulan kecil, aku akan cepat rasa gugup dan pemikiran aku akan cepat menjadi kaku. 
oleh itu, aku sarankan, untuk memastikan keadaan menjadi kaku dan tidak dapat berfikir secara tiba-tiba berlaku, fokuskan kepada seorang atau beberapa individu yang memberikan perhatian, seolah-olah berbicara dengan individu tersebut. dengan cara ini, secara tidak langsung otak kita akan lebih terfokus kepada isi yang hendak disampaikan. seelok-eloknya fokuskan kepada 3 orang individu yang berada pada kiri, kanan dan tengah kumpulan audience. jadi kita tak akan kelihatan seperti mengabaikan kumpulan audience yang ramai. 

#3 suara yang jelas. 
perkara yang penting dalam presentation ialah untuk memastikan audience dengar apa yang hendak disampaikan. bila audience dengar dan memberi perhatian, kita akan menjadi lebih yakin dan bersemangat. oleh itu, penggunaan suara yang jelas dan teratur perlulah dititik beratkan. 
 
pengunaan suara yang jelas dapat membantu menarik perhatian lebih ramai audience dan sekaligus menggambarkan seseorang penyampai yakin dengan isi yang hendak disampaikan.
#4 fokus kepada isi
dalam menyampaikan sesuatu isi, jangan guna contoh yang tidak berkaitan atau kabur. sebaiknya fikirkan contoh dna penerangan yang ringkas. cara yang paling mudah bagi aku, aku akan terangkan menggunakan cara yang aku faham. tidak perlu merumitkan perkara yang mudah. gunakan ayat yang mudah dan gunakan bantuan rajah atau apa sahaja yang dapat membantu audience lebih mudah memahami isi yang kita kehendaki. 
 

ada banya lagi teknik dan contoh yang boleh digunakan. apa yang penting pada aku. dalam penyampaian, jangan sesekali salahkan audience yang tidak memberi perhatian. tetapi salahkan diri sendiri yang tidak mampu menarik perhatian. 

like dan share.


Tuesday, May 7, 2013

data ringkas mengenai PRU13 - kejayaan disebalik kekalahan




Parlimen
PRU12 BN 140, PR 82
PRU13 BN 133 (-7), PR 89 (+7)
Total 222 kerusi

DUN
PRU12: BN 344, PR 161
PRU13: BN 275 (-69), PR 230 (+69)
Total 505 kerusi

UNDI Keseluruhan (Popular votes)
PRU12: BN 4.0 Juta, PR 3.7 Juta (BN lebih popular)
PRU13. BN 5.3 Juta, PR 5.6 Juta (PR lebih popular)

Peratus keluar mengundi
PRU12: 8.0 Juta (76%)
PRU13: 10.9 Juta (82%) - Tertinggi dalam sejarah PRU

Apakah konklusi dari trending yg sangat menarik PRU12-PRU13 ini utk PRU14 akan dtg?

PR Berjaya Pungut 51% Undi Popular & Tambah Kerusi Parlimen..!!!

Keputusan akhirnya BN - 133, Pakatan Rakyat, yang dianggotai DAP, PKR dan Pas, pula mengumpulkan 89 kerusi Parlimen - menambah tujuh kerusi berbanding lima tahun lalu.

Berikut ialah pemerhatian terhadap keputusan akhir tersebut:
1) Pakatan kehilangan Kedah. Ketiga-tiga negeri PR yang lain - Selangor, Penang and Kelantan - kesemuanya menang dengan majoriti lebih 2/3:

Selangor - Pakatan 44, BN 12
Penang - Pakatan 30, BN 10
Kelantan - Pakatan 33, BN 12

2) MCA hanya tinggal 6 kerusi parlimen (berbanding 15 pada 2008), sementara Gerakan hanya tinggal satu (berbanding 2 ). Kerusi tunggal Gerakan ialah Simpang Renggam di Johor, yang dipertahankan oleh Liang Teck Meng.

3) DAP menambahkan 10 kerusi parlimen, sementara PKR dan PAS masing-masing kehilangan satu kerusi berbanding keputusan 2008.

DAP - 38
PKR - 30
PAS - 21


4) Terdapat 7 kerusi tambahan yang dimenangi oleh Pakatan dari Sabah (2 kerusi) dan Sarawak (5 kerusi).

5) Pengiraan awal menunjukkan secara keseluruhan Pakatan Rakyat telah menang dari sudut menerima lebih banyak undi popular - 50% berbanding 49% (1% lain-lain).

6) 4 orang menteri kabinet tewas. Mereka yang kalah ialah Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Chor Chee Heung dan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Tan Sri Benard Giluk Dompok. Diantara timbalan menteri yang kalah ialah Datuk Saifuddin Abdullah, Datuk Puad Zarkashi dan Datuk Lee Chee Leong.

7) Parti Progresif Penduduk (PPP) kalah di semua kerusi yang ditandinginya - satu kerusi parlimen dan empat kerusi parlimen - pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Selain tidak berupaya menyingkirkan calon DAP Dr Tan Seng Giaw bagi kerusi parlimen Kepong, parti komponen Barisan Nasional (BN) ini juga kalah di kerusi dewan undangan negeri Kota Laksamana (Melaka), Kota Alam Shah (Selangor), Pasir Bedamar (Perak) dan Guchil (Kelantan).

8) BN tidak mempunyai 2/3 majoriti di negeri-negeri berikut

Perak BN 31 PR 28
Terengganu BN 17 PR 15
Kedah BN 21 PR 15
Negeri Sembilan 22 PR 14

9) Kelima-lima pegawai Datuk Seri Najib Razak kalah di kerusi yang ditandingi mereka pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) kali ini. Mereka ialah dua pegawai khas beliau tewas kepada calon PAS di Kedah, Datuk Shahlan Ismail dan Datuk Latt Shariman Abdullah. Shahlan tewas dengan majoriti 3,935 kepada calon PAS Datuk Mahfuz Omar di kerusi Parlimen Pokok Sena, manakala Latt Shariman pula tewas kepada calon PAS Mohd Nasir Mustafa dengan majoriti 1,044 di kerusi dewan undangan negeri (DUN) Kubang Rotan. Setiausaha Politiknya di Kementerian Kewangan, Datuk Mohd Shafei Abdullah tewas kepada calon PKR, Datuk Dr Tan Kee Kwong dengan majoriti yang lebih besar sebanyak 5,511 berbanding keputusan yang diperoleh pada tahun 2008. Dua lagi pegawai khas beliau yang tewas di kerusi Parlimen adalah Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh di Kota Baru dan Datuk Mohamed Suffian Awang di Kuantan.

10) Bekas MB Johor, Abd Ghani Othman dan bekas KM Melaka, Mohd Ali Rustam tewas.

11) PAS berjaya melahirkan anak sulongnya di Melaka melalui kemenangan Dr Khalid Kassim di Dun Bukit Baru.

12) Rakyat tolak politik perkauman Najib & UMNO BN apabila calon dari PERKASA tewas. Veteran Ibrahim Ali tewas di tangan muka baru Nik Abduh Nik Aziz di Pasir Mas dan Zulkifli Nordin kalah teruk di tangan Khalid Samad di Shah Alam.

13) Perak, Kedah, Perlis dan Terengganu tewas selepas kiraan semula dengan peningkatan jumlah kerusi kepada BN setelah kiraan awal PAKATAN menang di kerusi tersebut.

sumber: [ R.A.M.M ] dan [W.A.A.S.A]

.:iklan nuffnang:.