.:abg nuffnang duk sini:.

Tuesday, December 25, 2012

Nauzubillah. tanda-tanda hati mati.

Assalamualikum..

lusa aku dah nak exam, sebelum tu aku nak kongsikan sedikit ilmu untuk semua. satu renungan untuk kita nilai sendiri diri kita. jangan nilai orang lain. nilai diri kita.



Menurut Syeikh Ibrahim Adham, antara sebab atau tanda-tanda hati mati ialah:
  1. Mengaku kenal Allah SWT, tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya.
  2. Mengaku cinta kepada Rasulullah s.a.w., tetapi mengabaikan sunnah baginda.
  3. Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya.
  4. Memakan nikmat-nikmat Allah SWT, tetapi tidak mensyukuri atas pemberian-Nya.
  5. Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya.
  6. Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya.
  7. Mengaku adanya seksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya.
  8. Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya.
  9. Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri.
  10. Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara se-Islam, tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya. 

Menurut Sheikh Ibni Athoillah Iskandari dalam kalam hikmahnya yang berikutnya;
Sebahagian daripada tanda mati hati itu ialah jika tidak merasa dukacita kerana tertinggal sesuatu amal perbuatan kebajikan juga tidak menyesal jika terjadi berbuat sesuatu pelanggaran dosa.

Mati hati itu adalah kerana tiga perkara iaitu;
  1. Hubbul dunia (kasihkan dunia)
  2. Lalai daripada zikirullah (mengingati Allah)
  3. Membanyakkan makan dan menjatuhkan anggota badan kepada maksiat kepada Allah.

Hidup hati itu kerana tiga perkara iaitu;
  1. Zuhud dengan dunia
  2. Zikrullah
  3. Bergaul atau berkawan dengan aulia Allah
subhanallah. nilai sendiri sejauh mana matinya hati kita. aku xcakap kat orang lain. tapi pada diri aku sendiri. sama-sama lah kita hidupkan kembali hati kita yang mati atau hampir mati.


2 comments:

  1. Kalaulah hati kita semudah itu dibaiki, asal ada duit je boleh suruh orang bersihkan hati. Tapi, hati kita tidak dapat dilihat, dibersihkan dengan ibadah yang istiqamah. http://studioous.blogspot.com/

    ReplyDelete

jom kongsi pendapat dengan mugmerah.

.:iklan nuffnang:.