sudah terlalu lama aku menjauhkan diri dari dunia menaip di blog aku.. sekarang aku mencuri sedikit masa sementara menungu latihan untuk pementasan teater 'khazanah' peringkat uum dijalankan.. aku sebagai SM atau stage manager. kesibukan aku membuatkan emosi aku sedikit terganggu.. kadang2 aku rasa rasional.. kadang2 aku terlau beremosi.. tapi aku tahu aku perlu kawal emosi aku.. kata orang ikut nafsu lesu..
aku dalam kepenatan.. serta kesedihan.. aku ingin menangis.. tetapi rasa itu bertingkah dengan ego aku.. ego aku berkata.. "buat apa aku menangis.. xde faedahnya.." tapi aku ingin menangis kerana aku rasa menangis mampu kurangkan tekanan aku.. tekanan?? ya aku tertekan..
aku rasa seolah2 kehilangan diri sendiri.. aku cuba bertahan.. kembali kepada prinsip aku.. dan ada yang akan terluka.. aku minta maaf.. aku xminta disayangi.. aku cuma minta diri aku di hormati.. hormati prinsip dan cara aku.. aku juga seorang manusia..
ketika jari aku sedang menari2 dia papan kekunci laptop aku.. aku berharap untuk menangis.. tetapi air mata aku terlalu mahal untuk mengalir kali ini.. aku juga xmengerti.. mungkin aku sedang in character watak jahat.. watak wanita yang tidak berperasaan.. tapi bengkak dalam hati aku mungkin sudah bernanah.. cuma nanah dan darahnya segan untuk mengalir keluar.. mungkin segan kerana sudah kerap ia menunjukkan rupa kebelakangan ini..
kepada hati.. tabahlah engkau.. dugaan datang bukan untuk melemahkan.. tetapi untuk menguatkan lagi.. seperti antibodi.. semakin kuat untuk melawan virus2 yang boleh membunuh.. membunuh jiwa manusia dalam diam..
masih terlalu banyak yang ingin aku luahkan.. tetapi aku terpaksa pergi.. ada tugas yang menanti.. kepada pembaca.. terima kasih kerana sudi membaca luahan jiwa aku.. walaupun ianya aku tau sgt xmenarik.. warrggghhh..!!!
0 komen:
Post a Comment
jom kongsi pendapat dengan mugmerah.