.:abg nuffnang duk sini:.

Sunday, November 20, 2011

Indonesia VS Malaysia - Final Sea Games 26th TRAILER

Assalamualaikum semua. HAHA. aku baru terjumpa sesuatu yang menarik. pasal game bola Malaysia lawan Indonesia. best giler. meremang bulu roma aku tgok.


best kan? game tu tarikhnya 21 november 2011. selepas pasukan Malaysia berjaya mengalahkan Myanmar  dengan gol 1-0, dengan hasil tendangan Ahmad Fakri Saarani di minit ke 85, manakala Indonesia mengalahkan Vietnam dengan 2-0. aku yang xminat bole pon terexited da ni.


papepon kepada penyokong kedua-dua buah negara. bertindak positiflah bila keputusan keluar nanti. walaupun tadi baru aku terbuka kat facebook pasal isu ni. penyokong kedua-dua buah negara saling mengutuk. langsung tidak profesional. aku ingat nak print screen. tapi melihat kepada ayat yang digunakan. aku benar-benar kesal.


kepada mereka-mereka yang saling mengutuk tu tolong la korang. positif. kita kan serumpun. aku xsokong mana-mana pihak sebab memang aku orang Malaysia dan aku of course sayang negara aku. tapi xperlu rasanya kita mengutuk negara orang. dan aku juga ada kawan-kawan dari Indonesia. malah selalu jugak tengok cerita indonesia. pernah dapat ilmu dari pensyarah dari Indonesia.


Malaysia dan Indonesia tersangat la dekat sebenarnya. bahasa dan warna kulit kita hampir sama. jadikan game ni satu medan untuk bersatu. sukan untuk menyatukan. bukan memecahkan. sekali lagi pesanan aku. berfikir dan bertindak secara positif. kalau kalah. terima seadanya. kalau menang Alhamdulillah.



bersatu untuk kepentingan kita bersama. kita juga yang untung. 

sekian.

2 comments:

jom kongsi pendapat dengan mugmerah.

.:iklan nuffnang:.