pada sesetengah orang berubah 1 angka tidak membawa sebarang makna selain mungkin kulit yang semakin berkedut. masalah yang semakin bertambah. bunga di bank atau pinjaman dah masuk bulan baru. buku2 akaun di mana2 companya dah semua buat pelarasan. nanti akan ada pembentangan kewangan sesi lepas. dan sebagainya.
pada aku. berubah satu tahun bermakna aku perlu menilai hidup aku. apa erti sebenar aku hidup. sekadar untuk berjimba2? atau mencari sesuatu yang abadi. abadi selamanya bukan sekadar didunia. seperti ijazah yang aku kejar di universiti. tapi sesuatu yang abadi untuk aku kekal hidup tenang di Alam sana.
Subhanallah. Maha Suci Allah yang menjadikan aku seorang manusia. hambaNya yang lemah. aku memohon agar aku diberi kekuatan dan rahmat daripada Nya untuk membantu aku berjalan diatas bumiNya untuk satu tahun lagi. satu tahun. sekali aku hirup nafas. sekali aku pejam mata. sekali aku hembus nafas. sekali aku buka mata. masa terus berlalu. satu huruf yang aku taip menunjukkan masa yang sedang bergerak.
disebalik teriakkan penghuni asrama yang ghairah menyambut tahun baru. aku terdiam. duduk menghirup udara. mengharap tahun ini membawa cahaya yang cerah dalam hidup aku. tidak kira betapa gelapnya masa yang telah berlalu. biarkan yang lepas itu menjadi kenagan. yang penting masa hadapan yang masih berlum berlaku. perlu dicorak atau hanya perlu berdiam menunggu arus itu datang.
"enjoy the momment".. mungkin. tapi tidak dalam semua keadaan. sesetengah situasi memerlukan kita untuk terus merancang dan berusaha.
sekian.
salam tahun baru 2012 daripada aku.
2011 itu benar berlalu. namun jgn biarkan ianya berlalu secara sia-sia.
pic from google image
0 komen:
Post a Comment
jom kongsi pendapat dengan mugmerah.