.:abg nuffnang duk sini:.

Wednesday, January 11, 2012

kawan

selalu terjadi dalam hidup kita x akan semua orang yang berpuas hati dengan diri kita. akan ada yang kurang senang. sebaik manapun kita tetap akan ada yang xsuka. yang dengki. bila hal ini terjadi. kita akan rasa seperti muka kita dilempang. fuhhh. pedih. saat tu kita memerlukan seseorang untuk bercerita. menangisi mungkin. atau sekadar bercerita.

pesanan aku untuk kawan.


kawan sungguh ianya perit. senyumlah untuk aku agar aku juga bisa senyum bersama kamu. walaupun mungkin aku juga bersalah. mungkin benar itu salah aku. tapi tidak adil jika aku dihukum. dihukum tanpa perhitungan yang adil. hanya kerana aku tidak peduli. tidak peduli aku bukan kehendak aku. tapi aku penat melihat manusia yang berpura2.

kawan, jangan kau tanya apa yang aku rasa. kerana saat aku berfikir tentang itu jiwa aku bercelaru. hati aku bagai disiat2. pedih. sungguh ianya mampu mengalirkan air mata ke pipi aku. jadi aku memohon. berpura2lah seperti aku. berpura2 seolah2 tiada apa yang berlaku. aku janji tidak akan aku heret kau ke dalam sengketa ini. aku janji dan berjanji. dan andainya aku memungkiri janji. aku berhak dihukum lagi.


kawan, jika ada kekurangan aku, jangan kau menjadi seperti murai. bercerita tentang diri aku kesana kemari. tanpa sedar berita buruk tentang diri aku hanya aku sedari bila aku menjadi orang terakhir yang tahu. bila aku lihat mata memandang. bila aku tertanya2. kenapa? kenapa persekitaran aku tidak semesra dulu. tiada keceriaan dan warna.

kawan. aku tahu kekurangan aku. aku janji. selesai urusan aku disini. akan aku pergi membawa diri. tidak akan aku menggangu lagi. dan nanti jika aku hilang tanpa jejak. jangan kau cari aku. dan jangan kau salahkan aku lagi. aku sudah penat hidup dianggap bersalah hanya kerana aku tidak berani bersuara. bersuara untuk kemenangan aku sendiri. gagal. memang benar aku gagal. dan aku xmampu bangkit dari kegagalan.


kawan terima kasih atas semuanya. kawan sejati akan sentiasa dihati. kawan yang sedih bila kawan dia sedih. kawan yang menagis bila kawannya menangis. kawan yang senyum gembira bila kawannya ketawa. sungguh aku akan merindui kamu. akan aku merindui kamu suatu hari nanti. kamu yang menilai aku kerana kamu kenal diri aku. bukan menilai aku kerana mulut sang murai yang hanya tahu berkata2.

kawan. jika kau lihat aku bahagia. percayalah. aku tetap ada duka. duka itu aku sembunyikan. kerana kenangan bersama kamu ingin aku semadikan hingga akhir ayat. dan kenangan itu biarlah manis.


kepada kawan2 aku. berhati2 memilih kawan. ingat. kawan yang mendengar itu lebih baik dari kawan yang bercakap. kerana biasanya yang bercakap itu bukan hanya dengan kita. kepada yang terasa. carilah erti kawan yang sebenar. bukan sekadar teman untuk makan semeja. tinggal sebilik. tapi untuk berkongsi cerita hati.

luahan dari seorang kawan kepada kawan.



2 comments:

  1. mencari kawan sejati tu mmg sukar. nanabyte pn penah rase camni. huhuhu.

    well, lebih baik move on.

    ReplyDelete
  2. tq nanabyte.. :)

    life is a beautiful struggle.. :)

    ReplyDelete

jom kongsi pendapat dengan mugmerah.

.:iklan nuffnang:.