.:abg nuffnang duk sini:.

Saturday, April 28, 2012

gastrik jangan pandang mudah

Assalamualaikum

anda semua mesti pernah dengarkan sakit perut disebabkan gastrik. actually mugmerah juga salah seorang daripada 'mangsa'. kebiasaannya seseorang yang mengalami penyakit gastrik ni sering mengalami pedih ulu hati. dan sakit ni sering berlaku dalam keadaan perut yang kosong terutama pada lewat malam atau awal pagi.

kepedihan yang dialami oleh penghidap penyakit ni biasanya berbeza2 mengikut tahap penyakit yang dihadapi. pengalaman mugmerah sendiri bila waktu pagi mugmerah akan rasa pedih dalam perut dan rasa nak muntah. mengikut Dr Jamaludin Yusak, Pakar Bedah Am Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC),  kebiasaanya apabila muntah pesakit akan merasa lega dan sebenarnya muntah juga membantu melegakan rasa kepedihan. (owh, patut la, tp xbest tau muntah. erk!)

menurut Dr lg, selain pedih pada ulu hati, pesakit gastrik juga akan merasa sebu pada bahagian atas perut, mereka juga akan merasa jeluak dan sendawa dan bagi kes yang teruk pesakit akan buang air besar cair. (patut la bila aku pergi cek sbb sakit perut doctor selalu tekan bahagian atas perut dan rasa perghh, sakit weh!) 

Penyakit gasrtik ini adalah penyakit yang disebabkan oleh asid di dalam sistem penghadaman perut. berpunca daripada asid yang merosakkan dinding perut. Sebahagian daripada pesakit gastrik ini mempunyai kuman ‘Helicobacter pylori’ dalam perut mereka, yang bertindak melemahkan ketahanan dinding perut daripada ancaman asid.

menurut Dr Jamaludin lg, Komplikasi yang mungkin berlaku kepada pesakit gastrik ini termasuklah pendarahan, kebocoran dinding perut dan stenosis iaitu perut sumbat. Semua komplikasi ini dikategorikan sebagai teruk dan boleh mengancam nyawa.

oleh itu. sekiranya seseorang itu mempunyai tanda penyakit gastrik adalah baik bagi mereka mendapatkan khidmat nasihat dan rawatan doktor. (tapi aku sendiri dah malas pg jumpa doctor. huhu.)

jom tgok yg ni pulak


3 comments:

  1. Perghhh.. Pernah HMPIR nak kena sis. Nsib baik jmpa doktor cepat2. Dia marah sy mkn cili dgn bnda berasid byk2. Yg pasti, mmg akn sakit hulu hati.. Alhamdulillah, skrg dh ok.. Taubat, taubat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedapnya cili dgn asam. hahaha. ni spesis xsedar diri. hahaha

      Delete
    2. dear...bru2 ni sye di sahkan mnghidap gastrik..da 3 ari amik ubat..selain pedih ulu hati,sakit sye lbih kpd belah kiri n smpai ke pinggang..ada kalanye sye rse cam ade ketulan...lbih2 lg time mngiring...awak rase mcm sye rse x??

      Delete

jom kongsi pendapat dengan mugmerah.

.:iklan nuffnang:.