.:abg nuffnang duk sini:.

Wednesday, June 13, 2012

pengalaman untuk dicari bukan datang bergolek

Assalamualaikum

sebelum aku start membebel aku nak bgtau aku xsempat nak peduli kt mugmerah aku ni sebab aku tengah exam final. esok pagi pon aku ada paper (financial accounting and reporting II), jadi aku mmg xsempat nak bermugmerah. hihi. comel pulak mugmerah ni. jadi sorry ye semua. nnti aku BW balik. :)


ok. pengalaman. pengalaman merupakan sejarah hidup kita. orang dulu-dulu cakap makin tua orang tu makin banyak pengalaman.ada benarnya tapi ada jgak yang xbenar. setiap orang pengalaman dia berbeza. dan pengalaman ni ada banyak jenis.

  • manis atau pahit
  • sekadar masa lampau
  • sangat penting sehingga mengubah sesuatu yang penting dalam hidup kita. 
  • langsung kita tak ingat.
  • dan banyak lagi
pengalaman kita xboleh beli dengan wang ringgit. kalau kita xpernah hadapi situasi tu kita sebenarnya sangat mustahil untuk faham situasi tu. walaupun kita cuba bayangkan. tapi realiti memang susah nak sama dengan apa yang kita bayang.


sebagai contoh, semua orang tahu. hilang orang yang kita sayang tu sakit. tapi jika kita tidak pernah kehilangan kita kurang menghargai pengalaman tu. kita sebenarnya sekadar memahami. berbanding mereka yang pernah kehilangan. peritnya tidak dapat mereka gambarkan. mereka mengalaminya. mereka lebih tahu betapa peritnya.

contoh yang lain. yang mudah dan senang dalam dunia remaja sekarang aku rampas kekasih engkau. jika engkau xpernah rasa mcm mana kekasih engkau dirampas. engkau mungkin akan cakap engkau faham keadaan tu. sakit. kesian. malah berjuta kata kata nasihat boleh kita lontar. tapi bila keadaan itu benar-bernar kita alami baru kita faham. dan oh pedihnya ibarat tertumpah minyak panas pada luka. atau ibarat luka berdarah di perah asam. perghhh.

konklusinya kalau engkau belum pernah berada di situasi tu. dan ko lihat orang sedang sedih. jangan la pandai-pandai cakap dia lembik la segala. ko xpernah kena senang la ko cakap. cuba ko berada di situasi dia.

pesan aku lagi. kalau korang tengah dalam kesedihan. tabahkan hati lalaui keadaan tu. sebab kepedihan itulah yang akan mendewasakan kita. keperitan itulah akan mengajar kita untuk lebih berhati-hati. 

Photobucket 

jom berkongsi pengalaman.
uda dan dara

ok babai. wsalam. :)


1 comment:

jom kongsi pendapat dengan mugmerah.

.:iklan nuffnang:.