.:abg nuffnang duk sini:.

Saturday, December 31, 2011

pengenalan kepada sosiologi pendidikan 2

previous chapter...

ok. ni aku nak sambung yang semalam punya nota. masih bab satu.

tajuk : pengenalan kepada sosiologi pendidikan
sub : pendekatan kajian 


terdapat 2 tahap dalam kajian sosiologi pendidikan iaitu
  • tahap mikro 
  • tahap makro


makro maksudnya secara luas tapi xdalam. mikro maksudnya lebih sempit dan lebih dalam 
(erpp. are u sure?)

tahap makro 

kajian sosiologi pada tahap makro mengkaji bagaimana perlakuan sosial manusia dipengaruhi oleh masyarakatnya. kajian ini menggunakan respondan yang ramai yang mewakili keseluruhan masyarat yang terlibat dalam sesuatu kajian.
kajian melibatkan soal selidik kepada semua individu yang terlibat dalam kajian agar dapatan kajian dapat mencerminkan keseluruhan pandangan terhadap kajian. (means secara general)
penggunaan teori fungsionalis dan teori konflik.(kalau ada kerajinan nanti aku jelaskan kat entry lain)
sempel yang digunakan berbentuk soal selidik atau temubual berstruktur dengan menggunakan sempel kajian yang banyak.

kekuatan kajian makro 

hasil dapatan kajian dapat digeneralisasikan iaitu, penaaklukan daripada fakta-fakta yang terperinci kepada perinsip yang lebih umum. kaedah kajian ini menggunakan sampel kajian yang banyak (macam aku dah bgtau td sal ni. haha) jadi hasil kajian ini juga dapat mengaitkan masyarakat secara keseluruhan dengan pendidikan.

kelemahan kajian makro 

kajian menggunakan pendekatan ini tidak dapat membantu kita untuk mengkaji proses berlakunya sesuatu masalah dalam masyarakat. hal ini kerana, respondan hanya memberi maklumat tinjauan melalui soalselidik sahaja. jadi xde gambaran yang jelas mengenai masalah tersebut.

tahap mikro 

kajian pada tahap mikro mengkaji peristiwa yang berlaku ke atas individu dalam masyarakat berasaskan sudut pandangan individu tersebut.

kajian biasanya menggunakan kaedah berbentuk kualitatif iaitu melalui pemerhatian dan temubual. sempel kajian pula biasanya lebih kecil (contohnya bilik darjah)

kekuatan kajian mikro 

melalui pendekatan mikro, pengkaji dapat memahami dengan lebih mendalam proses yang berlaku dalam konteks yang lebih khusus.

kelemahan pendekatan mikro 

oleh kerana kajian pada tahap mikro hanya menggunakan segelintir atau sedikit responden. maka, hasil daripada kajian sukar digeneralisasikan.


2 comments:

jom kongsi pendapat dengan mugmerah.

.:iklan nuffnang:.