.:abg nuffnang duk sini:.

Friday, December 30, 2011

pengenalan kepada sosiologi pendidikan 1

salam readers. entry kali ni agak boring sebab aku tengah study utk final exam. jadi aku masukkan ringkasan nota yang aku buat dlm blog ni. mgkin ada junior2 yang akan guna ilmu ni nanti. so kalau korang rasa entry ni bosan xyah baca. tapi, kalau nak ilmu sila la baca.

ringkasan sosiologi pendidikan bab 1.

tajuk : pengenalan kepada sosiologi pendidikan.

ringkasan bab 1

konsep sosiologi, pendidikan dan sosiologi pendidikan.

sosiologi
sosiologi merupakan salah satu disiplin ilmu dalam sains kemasyarakatan yang mengkaji tingkah laku manusia secara saintifik dengan mengenal pasti 2 aspek iaitu

  • perhubungan di antara pelbagai aspek sosial manusia dlm kumpulan dan masyarakat
  • organisasi dlm masyarakat.

terdapat 6 bidang sosiologi iaitu

  • keluarga
  • agama
  • pendidikan
  • politik
  • ekonomi
  • kesihatan
yang memainkan peranan masing2 dalam sesebuah masyarakat. proses sosiolisasi juga merupakan satu proses di mana manusia belajar bagaimana menjalankan peranan yang dikehendaki oleh masyarakat terhadap mereka.

 pendidikan

pendidikan meliputi kriteria2 tertentu yang membolehkan ianya dikira sebagai pendidikan (erk! berbelit la nokk, lantakla janji aku paham)
  • yang disampaikan itu berfaedah kpd mereka yang mendengar 
ilmu berfaedah atau tidak ditentukan oleh Kementerian Pelajaran melibatkan Unit Kurikulum di KPM.
  • yang disampaikan itu mengandungi ilmu pengetahuan dan pemahaman serta memerlukan proses kognitif (pemikiran) yang aktif
ilmu difahami dan digunakan yang mana memerlukan penggunaan daya kognitif iaitu pemikiran yang aktif. ilmu yang tidak digunakan tidak diterima sebagai pendidikan.
  • yang disampaikan tidak boleh dianggap pendidikan jika pendengar tidak rela menerimanya.
melibatkan cara penyampaian dan kaedah yang digunakan. contoh yang biasa di Malaysia ialah syarahan, latihan dan eksperimen.
sosiologi pendidikan

sains sosial yang  menggunakan ilmu sosiologi untuk mengkaji bidang pendidikan dalam sesebuah masyarakat.
senang cakap sosiologi pendidikan ni melihat pendidikan dari aspek sosiologi.

bersambung..
pengenalan kepada sosiologi pendidikan 2






0 komen:

Post a Comment

jom kongsi pendapat dengan mugmerah.

.:iklan nuffnang:.