.:abg nuffnang duk sini:.

Saturday, December 31, 2011

wanita pertama masuk syurga



Pada suatu hari Fatimah bertanya Rasulullah, siapakah perempuan pertama yang bakal masuk syurga. Baginda menjawab, seorang wanita yang bernama Muti’ah. Fatimah terkejut, ternyata bukan dia seperti yang dibayangkannya. Mengapa orang lain, pada hal dia adalah puteri Nabi ?
Timbul keinginannya untuk mengetahui siapakah Mutiah itu. Apakah gerangan yang dilakukannya sampai mendapat penghormatan begitu tinggi ? Sesudah meminta izin daripada suaminya, Ali bin Abu Talib , Fatimah berangkat mencari rumah Mutiah. Puteranya yang masih kecil Hasan menangis ingin ikut lalu didukungnya Hasan ke rumah Mutiah.




Fatimah mengetuk pintu rumah Mutiah dan memberi salam. Wa’alaikumussalam! Siapa di luar? Terdengar jawapan lemah lembut dari dalam. Suara cerah dan merdu.
“Saya Fatimah, puteri Rasulullah”
“Alhamdulillah, alangkah bahagianya saya hari ini, Fatimah sudi berkunjung ke gubuk saya” terdengar kembali jawapan dari dalam. Kali ini nyata lebih gembira lagi makin dekat dengan pintu.
“Sendirian Fatimah?” Tanya Muti’ah
“Aku ditemani Hasan” Kata Fatimah
“Aduh, maaf ya” suara Muti’ah terdengar menyesal.
” Saya belum mendapat izin suami untuk menemui tamu lelaki” jawab Muti’ah
” Tapi Hasan masih kecil” jelas Fatimah
” Meskipun kecil, Hasan lelaki. Esok saja datang lagi, saya minta izin kepada suami,” sahut Mutiah tidak kurang kecewanya.
Esoknya Fatimah datang dengan membawa Husain sekali. Selepas memberi salam dan dijawap gembira, Mutiah berkata dari dalam.
“Datang dengan Hasan Fatimah? Suami saya sudah memberi izin”
“Ya dengan Hasan dan Husain ”
“Ha? Mengapa tidak beritahu dari kelmarin?”
“Yang dapat izin cuma Hasan. Husain belum. Saya terpaksa meminta izin dari suami” jawab Muti’ah.
Hanya esok harinya baru mereka disambut baik oleh Mutiah di rumahnya. Keadaan rumah itu sangat sederhana. Tidak ada satu pun perabot mewah. Namun semuanya teratur rapi membuat tetamu senang berada di rumah itu. Fatimah kagum melihat suasana yang menyenangkan itu. Sehingga Hasan dan Husain yang biasa di rumah orang, kali ini nampak asyik bermain.
“Maaf ya, saya tidak boleh menemani Fatimah duduk. Sebab saya sedang menyiapkan makanan untuk suami saya” kata Muti’ah sambil sibuk di dapur.
Hampir waktu tengahari, masakan itu sudah siap semuanya lalu diletakkan diatas talam. Mutiah mengambil rotan dan diletakkan di sebelah hidangan.
Fatimah bertanya kepada Mutiah “suamimu kerja di mana?”
“Di ladang” Jawab Muti’ah
“Sebagai pengembala?” soal Fatimah.
“Bukan. Bercucuk tanam” Jawab Muti’ah lagi.
“Tapi mengapa kau bawakan rotan juga?” tanya Fatimah.
“Rotan itu saya sediakan untuk keperluan lain. Kalau suami saya sedang makan , saya tanyakan apakah masakan saya sedap atau sebaliknya. Kalau suami saya jawab, “sedap”, takkan terjadi apa-apa.Jika tidak sedap, rotan itu saya berikan kepadanya agar dirotan punggung saya sebab ia tidak menyenangkan suami”.
“Atas kehendak suamimukah kau bawa rotan itu” tanya Fatimah.
“Oh, sama sekali tidak. Suami saya seorang yang penyayang. Ini semata-mata kehendak saya agar jangan sampai menjadi isteri derhaka kepada suami.”
Fatimah lantas meminta izin pulang. Dalam hati berkata, patut kalau Mutiah menjadi perempuan pertama masuk syurga, lantaran baktinya kepada suami begitu besar dan tulus.
Diberitakan dalam berjuta-juta wanita di dunia ini, Muti’ah yang paling awal akan masuk ke dalam syurga. Apakah keistimewaan beliau mengatasi wanita lain?
Hanya Allah yang mengetahuinya. Tapi daripada sejarah cerita yang di khabarkan, saya membuat andaian, Muti’ah sangat sangat menghormati suaminya. Sangat sangat taat kepada suaminya. Layanan beliau kepada suaminya mungkin yang terbaik mengatasi wanita lain.
Wallahu a’lam
Sumber:dari sini





pengenalan kepada sosiologi pendidikan 2

previous chapter...

ok. ni aku nak sambung yang semalam punya nota. masih bab satu.

tajuk : pengenalan kepada sosiologi pendidikan
sub : pendekatan kajian 


terdapat 2 tahap dalam kajian sosiologi pendidikan iaitu
  • tahap mikro 
  • tahap makro


makro maksudnya secara luas tapi xdalam. mikro maksudnya lebih sempit dan lebih dalam 
(erpp. are u sure?)

tahap makro 

kajian sosiologi pada tahap makro mengkaji bagaimana perlakuan sosial manusia dipengaruhi oleh masyarakatnya. kajian ini menggunakan respondan yang ramai yang mewakili keseluruhan masyarat yang terlibat dalam sesuatu kajian.
kajian melibatkan soal selidik kepada semua individu yang terlibat dalam kajian agar dapatan kajian dapat mencerminkan keseluruhan pandangan terhadap kajian. (means secara general)
penggunaan teori fungsionalis dan teori konflik.(kalau ada kerajinan nanti aku jelaskan kat entry lain)
sempel yang digunakan berbentuk soal selidik atau temubual berstruktur dengan menggunakan sempel kajian yang banyak.

kekuatan kajian makro 

hasil dapatan kajian dapat digeneralisasikan iaitu, penaaklukan daripada fakta-fakta yang terperinci kepada perinsip yang lebih umum. kaedah kajian ini menggunakan sampel kajian yang banyak (macam aku dah bgtau td sal ni. haha) jadi hasil kajian ini juga dapat mengaitkan masyarakat secara keseluruhan dengan pendidikan.

kelemahan kajian makro 

kajian menggunakan pendekatan ini tidak dapat membantu kita untuk mengkaji proses berlakunya sesuatu masalah dalam masyarakat. hal ini kerana, respondan hanya memberi maklumat tinjauan melalui soalselidik sahaja. jadi xde gambaran yang jelas mengenai masalah tersebut.

tahap mikro 

kajian pada tahap mikro mengkaji peristiwa yang berlaku ke atas individu dalam masyarakat berasaskan sudut pandangan individu tersebut.

kajian biasanya menggunakan kaedah berbentuk kualitatif iaitu melalui pemerhatian dan temubual. sempel kajian pula biasanya lebih kecil (contohnya bilik darjah)

kekuatan kajian mikro 

melalui pendekatan mikro, pengkaji dapat memahami dengan lebih mendalam proses yang berlaku dalam konteks yang lebih khusus.

kelemahan pendekatan mikro 

oleh kerana kajian pada tahap mikro hanya menggunakan segelintir atau sedikit responden. maka, hasil daripada kajian sukar digeneralisasikan.


Friday, December 30, 2011

pengenalan kepada sosiologi pendidikan 1

salam readers. entry kali ni agak boring sebab aku tengah study utk final exam. jadi aku masukkan ringkasan nota yang aku buat dlm blog ni. mgkin ada junior2 yang akan guna ilmu ni nanti. so kalau korang rasa entry ni bosan xyah baca. tapi, kalau nak ilmu sila la baca.

ringkasan sosiologi pendidikan bab 1.

tajuk : pengenalan kepada sosiologi pendidikan.

ringkasan bab 1

konsep sosiologi, pendidikan dan sosiologi pendidikan.

sosiologi
sosiologi merupakan salah satu disiplin ilmu dalam sains kemasyarakatan yang mengkaji tingkah laku manusia secara saintifik dengan mengenal pasti 2 aspek iaitu

  • perhubungan di antara pelbagai aspek sosial manusia dlm kumpulan dan masyarakat
  • organisasi dlm masyarakat.

terdapat 6 bidang sosiologi iaitu

  • keluarga
  • agama
  • pendidikan
  • politik
  • ekonomi
  • kesihatan
yang memainkan peranan masing2 dalam sesebuah masyarakat. proses sosiolisasi juga merupakan satu proses di mana manusia belajar bagaimana menjalankan peranan yang dikehendaki oleh masyarakat terhadap mereka.

 pendidikan

pendidikan meliputi kriteria2 tertentu yang membolehkan ianya dikira sebagai pendidikan (erk! berbelit la nokk, lantakla janji aku paham)
  • yang disampaikan itu berfaedah kpd mereka yang mendengar 
ilmu berfaedah atau tidak ditentukan oleh Kementerian Pelajaran melibatkan Unit Kurikulum di KPM.
  • yang disampaikan itu mengandungi ilmu pengetahuan dan pemahaman serta memerlukan proses kognitif (pemikiran) yang aktif
ilmu difahami dan digunakan yang mana memerlukan penggunaan daya kognitif iaitu pemikiran yang aktif. ilmu yang tidak digunakan tidak diterima sebagai pendidikan.
  • yang disampaikan tidak boleh dianggap pendidikan jika pendengar tidak rela menerimanya.
melibatkan cara penyampaian dan kaedah yang digunakan. contoh yang biasa di Malaysia ialah syarahan, latihan dan eksperimen.
sosiologi pendidikan

sains sosial yang  menggunakan ilmu sosiologi untuk mengkaji bidang pendidikan dalam sesebuah masyarakat.
senang cakap sosiologi pendidikan ni melihat pendidikan dari aspek sosiologi.

bersambung..
pengenalan kepada sosiologi pendidikan 2






selamat malam cinta by encik mimpi

hari tu ada peminat aku. cewahh. peminat. haha. peminat aku tu bagi aku lagu ni kat aku. ditulis oleh seorang blogger. encik mimpi. bila aku dengar mmg best. sangat2 best. 

selamat malam cinta
(a lulabby song)

lagu : encik mimpi
lirik : encik mimpi
promoter : encik teddy

sebelum kau terlena
dengarkan iramaku
sebagai peneman rindu
mengharungi malam mu

hilangkan resah hatimu
hilangkan duka jiwa mu
yakin ku ada di sisi
temani mimpi2 mu

malam, ku meminta kepadamu
lindungilah permaisuriku
ku sungguh menyayanginya

sayang, pegang erat jemariku
dan jangan kau lepakannya
ku kan ada menjagamu
selamat malam cinta

encik mimpi cakap..


comel je dia. kan3. walaupon lagu ni bukan di tulis untuk aku. tapi since encik teddy dah promote utk aku dan nak tolong nyanyikan utk aku. so aku sgt3 terharu. muahaha. korang jgn jeles. haha

kalau nak dengar lagu tu tengok sini.. dan juga sini...



Thursday, December 29, 2011

sambil dengar lagu kugiran di tepi pantai..

nak buat post pasal otak. tapi nanti la dulu sebab aku tengah sakit otak ni.


nak study. exam oh exam. padahal nak tgok movi sambil pegang buku. muahahaha

cakap je lebih. tadi pegang buku kejap da tido mcm org xsedar diri. opss.. tangan stop menaip.!


Wednesday, December 28, 2011

ader aku kesah. ko yang kesah kan?

blog buruk. ketinggalan zaman. xmalu ke? haha. aku cakap kat diri aku ok. kadang2 aku rasa mcm rendah diri tau dgn blog aku ni. tapi aku nak delate dia aku kesian kat dia. sbb aku syg kt blog aku ni. aku syg dia mcm aku syg kat.. ermmm. nak compare ng apa ea? mcm aku syg kt fb aku? xjgak. aku syg blog aku lebih tau.

kenapa? sebab kat blog aku ni aku leh buat mcm2.

sebab dgn blog aku ni aku boleh dapat kawan. kawan untuk bercerita padahal aku sendiri xkenal sape kawan yang aku duk bercerita tu. dan aku bebas nak bercerita tanpa fikir sape akan baca atau sape2 akan bawak cerita pasal aku. menjaja nama baik aku kt kawan2 dia.

yess. menjaja nama orang lain kat kwan2 dia. mcm dia tu baik sangat. kutuk itu. kutuk ini pasal orang itu orang ini.

xkira la cerita tu betul ke x ke kan. yang penting selagi cerita tu pasal diri orang lain dan membuatkan orang lain pandang orang lain tu semacam. memang la layak orang yg kena tu nak marah. ko yang bawak mulut xpe la. xrasa. ko cuma akan rasa bila aku terasa geram dan pulau ko. ahh dah la. small matter je ni.

aku harap lain kali ko lebih hati2 nak bawak cerita sal orang. jgn hebat sangat la kalau nak mengumpat pon.
sila kelik kalau xjelas okeh!

eh ko yang baca blog aku tu terasa ke? kalau terasa sila la sedar. jgn duk sedapp sgt nak bercerita kat orang. pheww.. rasa nak lempang je. tp sabar je la. tiap yang buruk tu akan dibalas buruk. tunggu masa je. malass nak pk. cuma kalau bnda buruk yg org ngumpat ni. susah sgt aku nak ampunkan. dulu kita pernah bercerita kan.


korang pening baca entry aku ni? sape suh baca. haha



Saturday, December 24, 2011

antara bahasa dan .....?

everything will be great. but what things? i mean it everything. my family. my love. my study. my life. my friends. how does it be. because i'm happy with it. even i live with a lots of trouble. but still its my life. ok stop. apa yang aku mengarut? xde pape. sape suh bace. rosak grammar nanti. but ni cuma sebenarnya contoh bahasa inggeris aku yang broken. kenapa aku cakap broken tapi aku masih nak tulis guna grammar lintang pukang aku?


ok fine. mcm ni. aku belom amik paper process writing. so for u readers. does its means i cant speak any other language besides Malay? if u said yup becos its make me look stupid. for me ure wrong. bcos i know my friends still can understand what i said. so there's nothing bad if I talk in English. am I right?


aku heran kenapa bila ada kawan2 korang atau aku sendiri la. yang tiba2 speaking la kan. kenapa ada yang gelak? cakap..


"poyo la ko speaking. melayu pon xbetul ada hati nak speaking."




padahal pada aku xsalah kot. 


memang hari ni dia cakap salah. sebot perkataan pon bunyi benda lain. tapi maybe next time dia dpt improve bahasa dia. kalau dia xcuba. xtau dia salah. sampai bila dia nak berubah jadi betul. asyik anggap dia betul je. padahal dia xpenah pon sebut perkataan tu. atau at least try to voice it with their own mouth. 


cakap dalam hati dengan luah kat mulut xsama weh. bila berbunyi tu kdg2 bru kira tahu betol ke salah. kalau takat dalam hati sampai bila pon duk syok sendiri je. tapi jgn la pulak ko over kan. asal cakap inggeris ko dgn engkau2 sekali nak jadi inggeris. yang tu salah. 


"for me its wrong dear,"


 walaupon bahasa aku bunyinya salah. lintang pukang, but at least aku x ikut yang pelik2 yang korang ikut. orang putih cakap bahasa inggeris ko cakap inggeris jgak. tu aku xkesah la bcos for me its was a good thing. 


ini masalahnya bila budaya luar masuk. kesan globalisasi orang cakap.

but. bila dorang pakai skirt. ko pakai skirt jgak. bila dorg rambut oren ko nak oren jgak. pastu mata pon ko nak biru jgak? kalau yang ni pada aku baru betul poyo. dah lupa asal usul. dah xde kedai jual baju kurung ke? at least skirt yang sopan la. yang labuh. hisy heran aku. 


iklan pasal pakaian ni dah banyak tapi yang berubah..? 


ada hari tu aku jumpa. pakai tudung dah elok da. kemas. tutup rambut semua. tup2 bawah. pakai skirt pendek. dengan legging. wadehek. huduh la buduh. tau x? aku kebetulan masa tu dengan senior aku. laki. ada meeting ok. bukan dating. ofkos xperlu kot aku xplen jadual aku.


tp point aku kat sini aku tanya la dia apa pandangan dia pada persekitaran tersebut. then u noe what. dia gelak. sangat hodoh. faham x buduh? jgn la nak ikot sgt budaya luar yang x elok tu. kalau pon belajar tinggi2 smpai semua paper english dpt A++ tapi xperlu la nak sampai amali kan cara pemakaian dorg sama. 


tolong la wahai engkau. tolong la belajar apa itu maksud malu.


pape pon kat sini. kalau ko wahai sedara/i readears terasa apa yang aku cakap ni. ops tulis ni. mesti la sebab ko pon buat benda yang sama. xpon adik ko ke. kakak ko ke. xpon bini ko. xpon gepren ko. paham2 la ye. jangan nak marah aku plak. aku cuma cakap. ni blog aku. suka hati aku la nak bg pendapat. ko nak bg pendapat jgak? haa. bukak la blog sendiri.

nak jadi baik ke buruk. pilihan di tangan korang.

even bahasa aku rosak. at least aku tau jaga pemakain aku. sebab aku xnak cemarkan penglihatan orang lain. cuba ko banyang kalau ko tengah jalan kat taman. tiba2 ko tgok ada shit kat jalan. xbest la kan. opss.. aku xcompare ko dgn shit. ko xperlu la terasa kalau ko berpakaian sopan kan? haha


sekian..


Tuesday, December 20, 2011

kadang2 aku ni gila

aku gila.haha. berangan nak study kat oversea. nak sambung master dgn phd. actually aku da gtau kat mak aku. dah dpt approve dah. tp dia approve part sambung master ng phd je. part oversea tu..? ayoyo. aku nak merasa bermastautin kt luar. nak ke europe maybe.

mcm kamal effendi. dulu dia ni senior aku masa sekolah menengah. pengawas baju purple.ingat lagi. penyajak kat sekolah. skema je kan dulu. haha. jangan marah. sekarang dia da kat oversea. waaa.jeles weh tgok dia duk berseronok-ronok kat sana.


tadi terborak dgn dia kt fb. dapat la secawan nasihat lagi. thanks bro. haha. 



xsangka dulu kat sekolah selisih kat koridor je. tegur2 pon sambil lewa. sekarang bila ingat balik zaman muda2 dulu. rindu plak kat sekolah lama. kawan-kawan sekolah. kenangan jadi stalker. hahaha. 

xpe2. aku akan pastikan aku dapat pegi jgak one day. pastu teringat lagi lecturer aku cerita dia study kat oversea. kat USA biasanya. xnak la sampai menetap kat sana. cuma nak pegi duk sana. blaja kat sana. sambil kutip pengalaman. pengalaman untuk diri snediri dan juga untuk berbakti kepada negara.

tadi aku baca buku aku pinjam dari kawan aku. aku tertarik la kat satu ayat dia ni. dalam hidup ada dua pilihan. hidup sekadar bernafas ataupun hidup bagi mengukir sejarah. 

fikir2 kan.

sekian

Monday, December 19, 2011

perjalanan hidup

dah beberapa detik masa berlalu. pejam celik pejam celik aku dah besar. pejam lagi aku dah habis sekolah. pejam lagi aku dah masuk matrik. pejam lagi aku dah masuk u. sedar xsedar sekarang ni aku dah kat penghujung sem 3. sekejap je terasa. bila aku fikir semua tu. aku teringat xlama je lagi aku juga akan mungkin dapat rasa jadi tua. cuma antara nak sedar dengan tidak je. 




lagu ramli sarip. perjalanan hidup. lirik lagu. tapi ada mesej tersirat.


Aku yang masih di perjalanan hidup ini

Begitu lama berlegar di persimpangan dunia
Menempuh jarak dan titian
Rimba dan lautan
Mencari sesuatu yang abadi

 

Aku yang masih di perhentian hidup ini
Begitu jauh mengembara ke serata dunia
Mengejar siang dan malam
Surut dan pasang
Mencari sesuatu kebebasan
Mencari sesuatu kedamaian

Di mana berakhirnyaa
Perjalananku ini
Esok dan lusa bukan milikku
Oh Tuhanku
Lindungilah hambamu yang hina ini
Aku setia hanya padamu
Oh Tuhanku


Di mana berakhirnya
Perjalananku ini
Esok dan lusa bukan milikku
Oh Tuhanku
Lindungilah hambamu yang hina ini
Aku setia hanya padamu
Oh Tuhanku

Aku setia hanya padamu
Aku setia hanya padamu


Friday, December 9, 2011

segmen aku nak jual entry aku


haha. dah lama ni xjoin segmen. sangat9 la lama. tapi sal segmen yang ni aku tiba2 berminat. jadi aku nak pertaruhkan? sesuai ke x ayat aku neh? ok. aku rasa entry aku yang ni best. perasan dengan penuh perasaan. haha. ok. tengok la ya. :)

tq cik najihah.

hati dan perasaan
hari ini menjadi sejarah
kenapa ko suka aku?

btw aku suka segmen ni sebab ia mengundang aku untuk baca balik post2 aku yang lama. hehehe. segan. :3


penat yang berbaloi..

hari ni hari jumaat dan ofkos la kedah cuti kan. so plan hari cuti bagi student mcm aku ni ofkos la tido sampai tengah hari kan. hahaha. kalau bakal mak mertua aku baca blog ni kompom kena reject. haha. tapi tu plan je la mak. hehe.

pagi hari jumaat minggu ni iaitu ofkos la hari ni kan. haha. kenapa aku rasa aku sengal weh? leh tolong jawab x? haha. pagi ni aku kena bangun awal. sebab ada family day persatuan pendidik UNIUTAMA. tau apa UNIUTAMA? Universiti Utara Malaysia. pheww.. skema la awak adik mugmerah oi. lantak a. blog aku.

kenapa pagi ni aku kena bangun awal? sebab kan dah cakap tadi. ada family day pendidik. best sgt3. asalnya malas nak pergi. tapi bila pk balik kan. bila lagi nak kumpul sesama Edu untuk bergembira bersama. so aku join la. 

aku malas nak cerita panjang. tengok la gambar. *padahal ayat kat atas dah panjang mcm esay darjah 6 dah. haha. ok. zazz. <3

 sepanduk. no money no talk. 

 aerodance. best. 


 Edu akaun cuma 23 org je. tp xpe yg penting geng aku menang besar. hahaha

 tarik tali opkos la kalah kan. tengok la betapa slimnya geng kami.

 apa ni? oo. keliling padang sebelum setat program.

 posing je lebih kan. dah la tengah panas. habis hitam aku.

 kakak senior sem 5. duk bilik bawah aku je rupanya. heheh. xmesra penduduk.

 senamrobik. brrrr. xreti nak ikut.

kak mam sebagai instructor. best. gempak la.

ni ketua Edu akaun sem 3. ko kena belanja aku makan sbb aku dah femeskan ko.! haha

btw. program ni mmg gempak la. best sangat . walaupon sampai sekarang muka aku pedih lg sebab terbakar. kepala pon sakit sebab jemur panas. tp xkesah yang penting gumbira dan happy. erk! bukan sama ke tu? 

walaweh. cayalah. haha



tujuh kata

Tujuh kalimat yg harus dbiasakan.

1.Bismillahirrahmanirrahiim :)


Setiap hendak melakukan sesuatu.


2.Alhamdulillah :)


Setiap habis melakukan sesuatu.


3.Astaghfirullah :)

jika melakukan sesuatu yg buruk.


4.Insya Allah :)


jika ingin melakukan sesuatu pada masa yang akan datang.




5.Laa hawla walaaquwwata illaah billaah :)

bila tidak bisa melakukan sesuatu yang agak berat/melihat hal yang buruk.


6.Innalillahi wainna ilaihi rojiun :)

jika melihat/menghadapi musibah.


7.Lailaha illallah :)

bacalah siang & malam sebanyak2nya.





Ada 2 (dua) pilihan untuk anda :)



1. Biarkan didalam 'Wall' anda tanpa bermanfaat untuk org lain.


2. Anda sebarkan pada semua kenalan anda.





Rasulullah bersabda :)

"Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yg mengamalkan, maka



 walaupun yang


menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala..

via -Tafsir Al-Quran Perkata-





.:iklan nuffnang:.