.:abg nuffnang duk sini:.

Sunday, April 15, 2012

perubahan dalam dasar pendidikan negara

salam pagi ahad semua. :) mesti la semua sihat hari ni yedok? kalau x pndai2 la pegi klinik. tak kan tu pon nak kena ajar. ok mesti korang pernah dengar 2 benda ni. salah satunya pernah jadi isu besar dalam dunia pendidikan. apa benda tu?

bahasa inggeris dalam pengajaran sains dan matematik atau nama glamer beliau PPSMI. 

woohh. si brader PPSMI ni banyak sgt kontroversi yang telah mengheret beliau menjadi sangat glamer setanding abg aaron aziz. xpayah aku nak cerita panjang-panjang sebab aku rasa semua dah tau apa dilema-dilema dalam pelaksanaan dasar ni. dan aku sendiri turut terheret dan menjadi 'bahan ujikaji?' untuk PPSMI ni. wallah. xde problem pon aku rasa. result exam bukan kerana bahasa. kalau exam dalam bahasa sanskrit sekalipon kalau kita tau apa yang kita belajar itu bukanlah satu masalah.

kemudian, setelah si abg PPSMI ni dimansuhkan, beliau telah ditukar ke dasar yang beru iaitu 

memartabatkan Bahasa Malaysia, memperkasakan Bahasa Inggeris atau namanya yang baru nak glamer MBMMBI.

Dasar MBMMBI ialah dasar Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk memastikan penggunaan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar di semua sekolah kebangsaan dan sekolah menengah serta memastikan murid boleh menguasai bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris dengan fasih dan betul.


dasar MBMMBI ni berbeza dengan Dasar PPSMI yang menetapkan penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengajaran dan pembelajaran (p&p) sains dan matematik di sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Tamil dan sekolah menengah. manakala Dasar MBMMBI pula menetapkan penggunaan bahasa Malaysia sebagai bahasa p&p sains dan matematik di sekolah kebangsaan dan sekolah menengah, bahasa Cina di sekolah jenis kebangsaan Cina dan bahasa Tamil di sekolah  jenis kebangsaan Tamil.

bukan sikit dilema dan kontroversi yang berlaku (ni baru sikit)

jadi macam mana sebenarnya dasar ni dilaksanakan? how? ok baca lagi. :)

Dasar MBMMBI dilaksanakan di sekolah melalui pendekatan mengembalikan peranan  bahasa Malaysia sebagai bahasa p&p sains dan matematik (maksudnya pemansuhan PPSMI la kan), meningkatkan penguasaan bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris melalui pelaksanaan tambahan waktu p&p,  transformasi kurikulum, peningkatan kapasiti guru dan sumber manusia, penyediaan bahan dan peralatan  serta mengintegrasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam p&p.

hal ini kerana (cewahh mcm karangan fakta dah ni) Kajian yang dijalankan oleh pelbagai pihak mendapati PPSMI tidak dapat dilaksanakan seperti yang dihasratkan. Hasil kajian juga mendapati murid sukar memahami mata pelajaran matematik dan sains dalam bahasa Inggeris. Murid mengambil masa yang lama untuk memahami konsep matematik dan sains kerana mereka tidak faham bahasa Inggeris.  


Hal ini memaksa guru-guru untuk mengajar dalam bahasa Malaysia supaya murid dapat memahami kedua-dua mata pelajaran tersebut. Masalah seperti ini bukan sahaja dialami oleh sekolah-sekolah di luar bandar, tetapi juga di bandar. Oleh yang demikian, sekiranya PPSMI diteruskan, sebahagian besar murid di negara kita tidak akan dapat menguasai ilmu matematik dan sains dengan baik dan mereka akan terus ketinggalan. Kajian KPM juga menunjukkan bahawa kebanyakan sekolah telah melaksanakan p&p matematik dan sains dalam bahasa Malaysia (sekolah aku la tu).

jadi Selaras dengan soft-landing MBMMBI, soalan peperiksaan awam bagi mata pelajaran Sains dan Matematik di peringkat UPSR, PMR dan SPM akan dibuat dalam dwibahasa sehingga tahun 2020. Selepas daripada tahun 2020 semua soalan bagi kedua mata pelajaran tersebut akan dibuat dalam Bahasa Malaysia. Ini adalah selaras dengan hasrat MBMMBI.

sumber dan rujukan : dari sini 



1 comment:

  1. pening eden kejap bm kejap bi..
    nasib baik dah habis sekolah :D

    ReplyDelete

jom kongsi pendapat dengan mugmerah.

.:iklan nuffnang:.